3 Langkah Menghidu Haruman : Seni Menghidu Wangian


woman-smelling-perfumeThe Art Of Smelling

Hidung manusia sangat unik. Jika ia dilatih selama bertahun-tahun, ia mampu membezakan sehingga 10,000 jenis haruman yang berbeza, lengkap dengan huraian kekuatan bau, kedalaman, kepekatan dan lain-lain. Ianya memerlukan seni yang betul dalam mengidu haruman.

 

Ramai pengkaji meletakkan modul ini sebagai ‘The Art Of Smelling’.

 

 

  1. Apabila diberikan kertas tester, anda perlu menghayunkan atau mengipas perlahan-lahan kertas itu, lebih kurang 6 inci daripada hidung. Ini membantu hidung anda mengesan ‘attraction note’ haruman dengan lebih tepat dan dalam masa yang sama, membantu anda mendapat ‘first impression’ tentang perfume berkenaan.

 

  1. Kemudian, letakkan kertas tester tadi di hidung kanan anda, dengan jarak lebih kirang 1 inci dan sedut dalam-dalam. Ia membantu hidung anda mengesan dengan lebih tepat aroma pada ‘heart note’.

 

  1. Seterusnya, letakkan kertas tester di hidung kiri anda, dengan jarak lebih kurang 1 inci dari hidung dan sedut sedalam-dalamnya. Pejam mata dan bawa haruman itu kepada otak anda secara visual untuk dianalisa. Langkah ke-3 ini sangat memerlukan fokus yang tinggi. Jika teknik anda betul, anda akan mulai rasakan haruman tadi pada tekak anda dan anda mulai menjiwai haruman tersebut, lalu akan berlaku perobahan pada badan anda, samada perobahan mood atau perobahan kedudukan badan.

 

Perlu diingatkan beberapa perkara.

natural-makeuptalk-com

 

  1. Haruman yang dihidu haruslah naturel atau asli. Kerana jika tidak, anda akan alami sakit kepala yang melampau dan pedih tekak.

 

  1. Untuk mengelakkan ‘overload’ pada saraf olfaktori di hidung – hidung akan kurang peka pada haruman seterusnya dan menyebabkan anda kurang fokus pada haruman lain – maka anda digalakkan untuk mencium 4 haruman sahaja dalam satu-satu masa.