4 Perkara Tentang Perfume Yang Perlu Anda Tahu.


Terdapat lambakan jenama perfume di pasaran sekarang dengan pelbagai jenis aroma. Jika anda perasan, kebanyakan perfume tersebut meletakkan label fragrance pada botol perfume mereka.

1. Apa itu Fragrance?

Lebih 95% bahan kimia dalam perfume sintetik diperbuat daripada sumber petrochemical, termasuklah mendapatkan wangian dari sumber Benzene, Aldehyde dan Phthalate, juga lain-lain toksin yang bertindak menjadi pencetus kanser kecacatan pada bayi yang baru dilahirkan, gangguan saraf, alahan dan kandungan-kandungan bahan kimia ini, kebanyakannya tersenarai dalam senarai EPA Hazard List!

2. Macam mana perfume yang mengandungi bahan kimia ini dijual dipasaran? Macam mana pengeluar sembunyikan bahan kimia ini?

Kita ambil contoh di USA, pengeluar perfume boleh sorokkan bahan kimia ini disebalik topeng berlabel ‘Fragrance’, tanpa perlu senaraikan setiap satu bahan yang digunakan. Ini adalah kelompongan dalam undang-undang. Kelompongan ini ketara semenjak pengeluar perfume jenama besar, melobi dan mahukan resepi perfume mereka menjadi rahsia syarikat. Sebab tu, benda semacam ini dibenarkan.

3. Kenapa perlu kita hindarkan diri dari perfume semacam ini?

Melalui beberapa kajian dari sebuah badan bebas, Environmental Working Group (EWG) mendapati, lebih 75% perfume dalam pasaran meletakkan label ‘Fragrance’ pada botol perfume mereka, mengandungi phthalate. Phthalate ni sangatlah merbahaya kerana ia boleh menyerap masuk terus kedalam badan, lalu memusnahkan sistem hormon dan mengganggu fungsi hormon tubuh, mengurangankan bilangan sperma, reproductive malformation ( kecacatan bentuk) sehingga menyebabkan kanser payu dara dan kanser hati! Bukan itu saja, ia boleh sebabkan obesiti dan menyumbang kepada masalah diabetik!

Ada kajian oleh Dr Philip J Landrigan mendapati, perfume sintetik boleh sebabkan masalah Autism dan ADHD kepada kanak-kanak. Malahan, boleh sebabkan neurological disorder!

Jadi? Hindarkan diri anda!

4. Saya mahu wangi, tetapi tak mahu cari penyakit. Macam mana?

Gunalah wangian yang didapatkan dari sumber alam semulajadi tanpa bahan kimia sintetik dan merbahaya. Dalam pasaran kita, memang tak banyak dan memerlukan kita membuat pembelian online. Kebanyakan naturel perfume adalah dari Perancis dan UK dan memerlukan anda menukar matawang, yang menyebabkan harganya mencecah ribuan ringgit!