Nama Bunga Mawar yang patut kita tahu


Selalunya kita dengar pasal bunga mawar merah saja kan? Sebenarnya ada banyak lagi nama-nama mawar yang terkenal di negara-negara lain. Apa yang pasti, bau dan warnanya tetap memukau.

1. Hybrid Tea Roses

– mawar jenis ini mempunyai kelopak yang lebar pada hujung batangnya. Hybrid Tea Roses adalah mawar yang paling terkenal dan paling banyak dijual.

2. Floribunda Roses

– ia juga disebut sebagai hybrid polyanthas. Nama Floribunda mula dirasmikan pada tahun 1940. Mawar jenis ini tumbub bergugus dan kelopaknya berukuran kecil.

3. Grandifloras

– mawar ini adalah hasil kombinasi Hybrid Tea dan Floribunda. Istilah grandifloras dipopularkan oleh pemilik benih dari bunga mawar Queen Elizabeth yang diperkenalkan pada tahun 1954.

4. Miniature Roses

– mawar jenis ini berukuran kecil dan pendek. Minature terkenal kerana sesuai ditanam di dalam pasu kecil sebagai hiasan.