6 Cara Mengenali Ciri-ciri Parfum Naturels


Anda biasa ke pasaraya-pasaraya yang menjual perfume? Pernah tak ada rasa pening sebab mencium bau wangian yang memeritkan hidung anda?

Anda perlu tahu, tidak semua perfume yang diperbuat daripada haruman semulajadi. Kebanyakan wangian di pasaran kini di olah daripada bahan kimia dan bahan sintetik yang boleh memberi mudarat kepada tubuh badan anda.

Jadi, bagaimana anda boleh mengenali perfume semulajadi yang dijamin selamat digunakan?

Kami kongsikan kepada anda 6 cara untuk mengenali ciri-ciri parfum naturels:

 

1.Buih

Anda boleh cuba goncangkan botol wangian kemudian perhatikan buih yang dihasilkan. Buih-buih kecil yang terhasil akan lambat pecah.

Ini menunjukkan kepekatan wangian yang dihasilkan dari pure essence oil yanh tinggi bagi sesebuah wangian.

 

2.Bau yang tidak menangkap saraf

Bagi mereka yang alah pada wangian sintetik, biasanya mereka akan cepat merasai tindakbalas seperti perit tekak, bersin dan pening kepala.

Hal ini berlaku kerana kandungan bahan sintetik yang berada di dalam wangian bertindakbalas dengan sistem immunisasi badan.

 

3.Spray pada kulit

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli perfume, anda boleh cuba spraykan dahulu pada kulit anda.

Parfum naturels tidak akan memberikan rasa yang menggigit pada kulit.

 

4.Tekstur

Parfum naturels mempunyai tekstur yang boleh dikatakan agak berat. Apabila digunakan terus pada kulit, anda boleh rasakan kelainan pada cecairnya.

Ia tidak akan terus tersejat dan mengering kerana kandungan alkoholnya sangat-sangat rendah dan kandungan minyak patinya sangat tinggi.