6 Sebab Mengapa Anda Wajib Membeli Lebih Daripada Satu Botol Parfum Naturels 10ml


Tahukah anda bahawa Blackout dan Justica telah mengeluarkan satu wangian terbaru edisi khas ‘green tea’ dalam saiz 10ml sahaja. Kecil-kecil cili padi, jangan ingat botol kecil tidak mampu memberikan anda haruman padu.

Keluaran Parfum Naturels yang telah diperbaharui dengan gandingan bersama aroma ‘green tea’ ini pasti akan memberikan anda satu kelainan dalam menikmati seni aroma.

Di sini, kami tampilkan kepada anda 6 sebab mengapa anda wajib memiliki Parfum Naturels edisi ‘green tea’ ini.

1.Harga yang murah

Mulai sekarang, anda sudah perlu tukar mentaliti anda tentang produk organik pasti harganya mahal. Kini, dengan Parfum Naturels edisi 10ml ini, anda boleh memilikinya dengan harga yang murah dan berpatutan.

2.Boleh gabungkan bau

Ini yang paling menarik. Wangian Parfum Naturels boleh digabung-gabungkan tanpa membuatkan anda rasa pening dan sakit kepala.  Hasil gabungan dua atau tiga Parfum Naturels, anda boleh mencipta bau anda sendiri yang tidak sama dengan orang lain. Secara tidak langsung, anda mewujudkan satu ‘signiture’ anda.

3.Hadiah kepada orang tersayang

Parfum Naturels dengan botol yang elegan ini sangat sesuai anda jadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang. Anda tidak perlukan bajet yang tinggi untuk memberikan hadiah yang berkualiti. Hanya dengan Parfum Naturels, si penerima pasti rasa lebih dihargai.

4.Mudah dibawa

Tidak dapat disangkal lagi. Saiz botol yang kecil dan comel ini memudahkan anda untuk membawa wangian ini ke mana-mana sahaja. Memilikinya lebih daripada dua atau tiga botol pun masih tidak mengganggu ruang di dalam beg anda. mudah bukan?

5.Bertukar-tukar bau

Bagi anda yang suka menjadikan perfume sebagai pelengkap gaya, sudah tentu bosan jika anda memakai satu jenis haruman sahaja setiap hari. Apakata anda pelbagaikan aroma wangian berdasarkan aktiviti harian anda.

Sebagai contoh, jika anda ingin melakukan aktiviti yang lasak dan berpeluh, anda boleh semburkan Blackout 529. Jika anda ingin bersantai dan tenang, anda boleh semburkan Justica Faceless. Jika ingin ke tempat kerja, anda boleh semburkan samada Blackout Morsie, Blackout 96 atau Justica Confession.

6.Untuk anak-anak

Jangan pula kata anak-anak tidak perlukan wangian ya. Sebenarnya daripada kecil inilah anda perlu terapkan dalam diri anak-anak anda untuk menjadi seorang yang bukan sahaja kemas dan bersih, malah wangi dan sihat.

Anda tidak perlu membeli wangioan yang mahal dan botol yang besar, cukup dengan Parfum Naturels 10 ml ini agar mudah untuk mereka membawanya ke mana-mana sahaja.