7 Kumpulan Haruman


Bila disebut tentang haruman, pasti kita akan fikirkan tentang baunya yang wangi semerbak. Namun begitu, haruman tidaklah terhad kepada satu bau sahaja. Lain orang, lain aroma wangian yang menjadi pilihan. Haruman terbahagi kepada 7 jenis kumpulan yang berbeza iaitu:

1. Aromatic

– Note haruman ini menggabungkan haruman seperti rosemary, cumin, lavender dan lain-lain tumbuhan yang menggambarkan sesuatu yang pedas (spicy). Ada juga yang digabungkan dengan aroma citrus dan note-note pedas yang lain. Selalunya haruman ini dikhususkan kepada lelaki.

2. Chypre

– Nama haruman ini diambil daripada seorang perfumer dari Perancis iaitu Coty Chype dan dicipta semenjak tahun 1917. Harumannya tajam, hasil gabungan harmoni labdanum, nilam (patchouli) dan daun limau purut (bergamot). biasanya dihuraikan sebagai haruman Sharp-Scent.

3. Citrus

– Haruman ini sering digambarkan dengan sesuatu yang usang dan bangunan tinggal atau hutan. Gabungan asas seperti oren, daun limau purut, mandarin dan lemon. Haruman ini sering dikenali sebagai Cooling-Refreshing-Note.

4. Floral

– Pecahan kepada kumpulan ini adalah seperti haruman bunga aquatic,haruman bunga dan buah-buahan, campuran bunga dan tumbuhan hijau. Ia seringkali dikenali sebagai haruman bunga segar.

5. Leather

– Pada awalnya, haruman ini dicipta untuk digabungkan bersama produk kulit yang berbau busuk. Harumannya dicipta dari gabungan bungaan seperti bunga velvet, baldu dan sedikit bauan kayu yang terbakar. Kebanyakan haruman ini terhasil secara sintetik.

6. Oriental

– Haruman ini sangat dominan dengan haruman amber ( getah dari pokok conifer yang sudah pupus). Seringkali digabungkan dengan haruman ekzotik lain seperti kasturi, vanila, rempah dan lain-lain.

7. Woody

– Haruman ini seringkali meletakkan haruman kayuan pada ‘heart note’ sebagai asas haruman. Ia juga menggunakan haruman yang misteri seperti sandalwood, gaharu atau amber.

Woody dikenali sebagai haruman yang menghangatkan badan dan sangat sesuai untuk mereka yang kuat berpeluh.