‘Air Mawar’ Dalam Hikayat Seri Kelantan


Hikayat Seri Kelantan terbitan semula oleh Mohd Taib Osman tahun 2004

.

Cerita air mawar ni, dah disebut semenjak Hikayat Seri Kelantan yang dipercayai ditulis pada 1783.

.

Menuskrip asal itu dihimpunkan lalu dibukukan pada tahun 1912 dari naskah asal yang disimpan oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, yang diwarisi dari bapanya, Datuk Haji Nik Mahmud bin Ismail, Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan, lalu akhirnya diterbitkan semula pada tahun 2004, oleh Mohd Taib Osman.

.

Petikan dari Hikayat Seri Kelantan yang menyebut tentang ‘Air Mawar’ adalah seperti berikut,

.

“..

Maka tatkala itu mendengarlah sekaliannya seperti kata inang yang busu itu, maka sekalian itu pun masuk dekat mayat Tuan Puteri Sa’dung yang duduk tudung itu.

.

Maka sekalian itu pun hairanlah akan melihat dirinya melihat mayat itu rupanya seperti orang tidur jendera.

.

Maka tatkala inang yang busu itu pun rombak sanggul Tuan Puteri Sa’adung itu lalu ambil jembul yang di dalam sanggul itu seperti pesanan tuan Puteri Sa’adung itu kepadanya betullah.

.

Maka inang yang bongsu pun berkatalah kepada inang yang ramai-ramai itu,

.

“..Sebagaimana kita hendak buat air mawar yang dalam jembul ini kerana aku tidak pandai..”

.

Lalu dijawab oleh inang yang tua itu,

.

“..Aku dengar khabar cetera daripada orang tua-tua dahulu kala air mawar itu disapukan kepada tubuh orang yang mati dan mata luka itu, nescaya mata luka itu pun sembuh dan mati itu pun hidup balik dan anggola yang bercerai itu pun boleh bertangkup balik..”

.

Gambaran Puteri Sa’adung atau Puteri Vijaya Mala Binti Raja Loyor, juga turut dikenali sebagai Puteri Mariam, Anak Angkat kepada Cik Siti Wan Kembang, pengasas kerajaan Serendah Sekebun Bunga.

.

Nak ‘oyak nyo’, air mawar dah lama dikenali dalam tradisi masharakat Nusantara.

.

Teaser Justica The Roses No 3, dihasilkan dari gabungan kelopak Mawar Putih dan Mawar Merah

.

Tiba-tiba harini, ada orang melayu moden kata, bunga mawar adalah bunga ‘alien’ yang dibawa dari negara luar ke sini.

.

Lebih pelik, bila ada orang kata, bauan mawar dari sumber aldehyde adalah sama dengan bauan mawar dari kelopak bunga mawar.

.

Saya yakin, perkataan semacam ini datangnya dari orang yang hidungnya tak pernah di’service’.

.

Sekian diucapkan.

.

– Abang Black –