Akar Wangi Yang Berusia Ribuan Tahun


Nara Setu bukan Nosferatu.

Dalam hikayat kerajaan Samudera yang dipetik didalam Sulalatus Salatin, ada disebutkan tentang Merah Silu dilawati oleh sekumpulan pendakwah dari Arab, yang mahu meneruskan dakwah ke sebuah kerajaan bernama Samudera atas amanah Rasulullah.

.

Dalam kisah itu, diceritakan bahawa Merah Silu bermimpi akan Rasulullah, lalu Rasulullah telah meludah ke dalam mulut Merah Silu.

.

Keesokannya apabila Merah Silu bangun, badannya harum seperti bauan Narasetu / naraswatu / nasrawatu.

.

Ada yang kata, naraswatu atau narasetu ini, bauan Serai Wangi dan ada juga kata, ianya adalah bau Limau Lemon.

.

Tapi rupanya, Nara Setu atau Nasarwatu atau Nasrawatu ini adalah bauan akar dari Rumput Vertiver.

.

Akar ini juga dikenali sebagai ‘Akar Wangi’ atau ‘Rumput Wangi’ dalam bahasa tradisional, terutamanya dari Semenanjung Tanah Melayu.

.

Rumput vertiver ini, sangat banyak ditanam di tepi-tepi jalanraya, terutama di lereng bukit, tepi lebuhraya sebagai tanaman tutup bumi dan pengikat tanah pada ‘retaining wall’.

.

Rumput ini dikatakan 10 kali ganda lebih kuat dari besi untuk mengikat tanah, dan ia merupakan kaedah terbaik dalam memelihara lereng bukit, dari masalah hakisan dan tanah runtuh.

.

Rumput ini sangat sesuai hidup dalam iklim tropika atau panas, dan dikatakan berasal dari Selatan Hindia, sebelum dibawa ke Sri Lanka dan Nusantara oleh pedagang dunia, seawal tahun 1100 selepas masehi.

Akar rumput vertiver jenis berserabut dan boleh menjangkau sehingga 3 meter panjang untuk mengikat tanah

.

Rumput vertiver antara rumput yang disebutkan dalam pelbagai kitab agama hindu dan merupakan bahan yang digunakan dalam ritual keagamaan dengan nama ‘khas khas’.

.

Menariknya, didalam surat dari Temenggung Ibrahim kepada Napoleon III – Maharaja Perancis sekitar penghujung tahun 1700 – juga ada menyebut tentang Nara Setu, sebagai memuji kebaikan pemerintahan Napoleon III di Perancis, yang kebaikannya ditiup angin berbau seperti Nara Setu.

Surat dari Temenggung Ibrahim tahun 1850 kepada Napoleon III

.

Napoleon III merupakan antara watak penting dalam memacu Revolusi Industri di Perancis, sekaligus menukarkan Perancis sebagai sebuah negara berasaskan pertanian aromatik, yang telah bertahan selama ratusan tahun, sehingga kini.

.

Akar rumput vertiver ini, telah digunakan secara meluas dalam industri wangian, dan kini telah diangkat di eropah, sebagai antara bahan untuk aroma Note Jejak (base note) yang baik, seiring dengan aroma cendana, gaharu, cengkih dan seumpamanya.

.

Tamat.
.