Apa Kaitan Wangian dengan Aromaterapi?


#2

.

.

Ramai orang ingat, asal sifatnya wangi saja, mesti datang dari bunga.

.

Wangian pada asalnya, digunakan untuk tujuan terapi kepada badan, untuk membantu tubuh meningkatkan rasa fokus, mengembalikan kesegaran tubuh, mengendurkan masalah jiwa, terapi otak, dan seumpamanya.

.

Maka dikumpulkan pelbagai jenis bunga digabungkan, untuk digunakan menggunakan pelbagai jenis kaedah terapi, termasuklah mandian bunga, rendaman bunga didalam air panas, bunga disimpan dicelah lipatan baju, disuling, dibakar dan sebagainya.

.

Semua kaedah ini, adalah untuk tujuan terapi.

.

Tapi tahukah anda, sebenarnya bunga bukanlah satu-satunya sumber wangian, kerana terdapat juga wangian yang didapatkan dari sumber selain bunga.

.

Misalnya, dari akar, seperti akar rumput vertiver. Ada juga dari biji benih, seperti kacang tonka. Ada pula dari pucuk daun, seperti nilam, selaseh dan banyak lagi. Ada juga dari batang pokok, seperti kayu cendana. Ada juga dari getah, seperti olibanum, myrh, gaharu, damar dan sebagainya.

.

Pendek kata, bunga bukanlah satu-satunya sumber wangian.

.

Pun begitu, ada lagi sumber selain dari tumbuhan, boleh dijadikan bahan untuk buat perfume.

.

Misalnya dari sumber petroleum, bagi membentuk aroma seperti avulene yang digunakan untuk menggantikan aroma ambergris, cyclohexanol untuk menggantikan aroma cendana, formaldehyde untuk gantikan aroma rempah, aldehyde untuk menggantikan aroma bungaan, citrus dan sebagainya.

.

Wangian dari sumber petroleum ini, disebut sebagai aroma kimia sintetik, kerana aromanya dibentuk didalam makmal, hasil modifikasi terhadap ikatan kimia setiap bahan tersebut.

.

Menurut laman EWG, wangian dari aroma kimia sintetik ini, berupaya mencetuskan alahan kepada tubuh, mengganggu fisiologi hormon badan, dan boleh mencetuskan sakit kronik seperti ekzema, kanser dan seumpamanya.

.

Pendapat dari pakar aromaterapi, Vallerie Ann Worwood pula mengatakan, aroma kimia sintetik ini tidak memberi kesan terapi kepada tubuh, sebaliknya cuma menyebabkan kesan alahan, termasuk migrain dan gangguan emosional.

.

Begitulah.

.

Wangian pada asalnya bersifat untuk membantu manusia sebagai terapi tubuh, kini sudah digantikan dengan wangian dari sumber petroleum yang menyebabkan manusia jauh dari alam semulajadi.

.

Real human, use real aroma.