Apakah Jenis-Jenis Aromaterapi?


Sebut saja aromaterapi, kita akan terbayang-bayang belaian haruman yang menenangkan. Tetapi, sebenarnya aromaterapi tidaklah terhad kepada bauan sahaja. Terdapat 3 jenis aromaterapi yang sering masyarakat gunakan.

Antara jenis aromaterapi ialah kosmetik, urutan dan bauan.

1. Aromaterapi kosmetik

– Gabungan minyak pati dengan produk penjagaan muka, kulit, badan dan rambut yang mengandungi semua bahan semulajadi.

2. Aromaterapi urutan

– Gabungan sentuhan penyembuhan terapi urut dengan manfaat minyak pati beraroma.

3. Aromaterapi bauan

– Aromaterapi bauan melepaskan bau minyak pati ke persekitaran samada melalui sebaran atau sedutan nafas. Bagi sedutan nafas, anda boleh letakkan minyak pati pada kain sapu tangan atau sembur campuran minyak pati dengan air suling ke udara dan tarik nafas.

Terdapat beberapa alat yang berlainan untuk mengisi ruang udara di dalam bilik. Ada yang menggunakan haba untuk mengewap minyak pati ke seluruh bilik seperti peresap lilin dan Loyang tembaga yang diletakkan di atas mentol lampu. Peresap lain terdiri daripada pam udara elektrik dan nebulizer kaca, yang mengion-mikrokan minyak bebas.