Aroma Kimia Sintetik Ditolak Sejak 200 Tahun Dahulu


Penghujung tahun 1800, tahun dimana aroma kimia pertama kali dicipta di German, majoriti pengguna perfume menolak penggunaan aroma kimia sebagai perfume.

Pun begitu, kilang yang menghasilkan aroma kimia ini, perlahan-lahan meningkatkan pengeluarannya setiap tahun, bagi memenuhi permintaan tinggi dari kalangan ‘Perfume Designer’ yang mahu memotong kos penghasilan perfume, sekaligus meminimakan KOS, dan memaksimakan KEUNTUNGAN.

Pada waktu ini, iklan perfume banyak dalam bentuk lukisan, lalu menarik pengguna perfume dari kelompok bangsawan, peminat lukisan dan seumpamanya, dengan kempen – Wangian adalah refleksi seni lukisan yang halus dan lebih mendalam, dalam bentuk aroma.

Lukisan Le Cabinet de toilette au canapé rose oleh Giorgio Morandi

Lama-kelamaan, iklan-iklan perfume sudah tidak lagi ‘diikat’ dengan seni, sebaliknya mempergunakan wanita sebagai simbol seks dan keghairahan, sekaligus menyerang penampilan fizikal pengguna – kononnya jika mahu wanita seksi sekalian berbogel cair dalam dakapan mu, gunakanlah perfume ini.

Kemuncaknya, artis-artis terkenal mulai dijadikan model untuk pengiklanan perfume, demi untuk menarik minat pengguna untuk membeli wangi-wangian, lalu menyembunyikan hakikat yang pahit untuk ditelan disebalik wangian, iaitu – Sumber aroma sudah tidak lagi asli dan cukup dihasilkan di dalam makmal.

Iklan Perfume moden yang menjadikan wanita sebagai simbol seks, sekaligus menyerang keterampilan manusia.

Pengguna dari generasi yang lebih terkemudian, sudah tidak lagi peduli kepada perbezaan aroma semulajadi, berbanding aroma kimia. Pengguna sudah tidak lagi mendalami prinsip wangian, juga falsafah-falsafah yang datang bersama dengan wangian.

Interaksi manusia dengan alam semulajadi semakin dijarakkan apabila aroma kimia dicipta, lalu falsafah asli wangian semakin diabaikan.

Terdapat sekurang-kurangnya 11 tanda signifikan fungsi wangian dalam kehidupan manusia, selain dari sekadar untuk wangikan tubuh. Namun kebanyakan darinya, sudah tidak lagi releven untuk diketengahkan, apabila majoriti perfume kini menggunakan aroma kimia yang cukup dihasilkan di dalam makmal.

Aroma kimia disahkan sebagai pencetus alahan, merosakkan alam sekitar, merosakkan sistem pernafasan dan mengganggu fungsi hormon tubuh.

Ternyata aroma kimia sintetik ini, adalah sebagaimana yang ditakutkan oleh manusia 200 tahun dahulu.

Ianya bukan saja tidak asli, malahan ianya mengancam kepupusan manusia dari segenap segi.

Real human, use real aroma.