Aromakologi Aroma Mawar


“..Andai engkau mahu ku tanam, maka di taman sarilah tempat kau tumbuh, kan ku pagar engkau dengan kepingan batu, agar semua orang tidak bisa menjamah bungamu yang indah..”

.

Aromakologi, boleh dihuraikan sebagai kajian keatas sifat aroma dan kesan psikologi yang diberikan kepada tubuh.

.

Tanpa kita sedari, perasaan khusus tertentu boleh dibangunkan atau dibentuk kepada otak, melalui ransangan bau-bauan dihidung, dan proses ini sebenarnya berlaku secara semulajadi tanpa kita sedari di otak – pada bahagian yang mengawal emosi dan memori manusia, melalui ransangan pada hidung.

.

Emosi dan mood, mampu dipengaruhi oleh wangian, terutamanya bauan yang lembut dan menenangkan. Bauan boleh mencetuskan ransangan memori, seiring bersama cetusan emosi yang kuat kepada psikologi manusia.

.

Rachet Herz, seorang pakar psikologi menghuraikan fenomena ini sebagai ‘Olfactory-Emotion Translation’.

.

Aroma Mawar.

.

.

Aroma Mawar, seringkali digunakan dalam perawatan aromaterapi, untuk membantu otak dan badan supaya lebih bertenang (relax), sekaligus mengendurkan dan meredakan tekanan (stress).

.

Gabungan Aroma Mawar dan Nilam yang digunakan dalam kebanyakan pengeluar all naturel perfume juga, boleh menyebabkan tubuh lebih bertenang dan respon emosi yang lebih baik.

.

Proses menghidu wangian bermula di hidung, lalu bersambung dengan saraf olfaktori yang bersambung terus dengan dasar otak di Amygdala dan Hippocampus, yang mengawal emosi dan memori manusia

.

Dengan menghidu aroma mawar, samada bau dari kelopak bunga mawar itu sendiri atau haruman dalam bentuk perfume, mampu meransang tubuh untuk menurunkan kadar pengeluaran adrenalin dalam badan, sekaligus membuatkan tubuh lebih bertenang.

.

Sebuah kajian di German berkaitan ‘memory exercise’ dengan menggunakan haruman mawar telah mendapati, aroma mawar sangat baik untuk digunakan sebagai ‘pembangkit memori’, sekaligus mempengaruhi emosi didalam mimpi, seterusnya membantu untuk membentuk mimpi yang positif kepada manusia.

.

Aroma-aroma bunga, selalunya menjadi medium pencetus mood yang baik kepada manusia kerana, aroma bunga selalunya terikat bersama memori kenangan-kenangan emosi dan mood gembira manusia dan aroma bunga juga adalah termasuk didalam kategori ‘morning mood enhancer’.

.

Dalam kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pembinaan di Jepun – Kajima Corporation – keatas pekerjanya dengan melepaskan aroma wangian bunga pada waktu pagi dan awal tengah hari, telah mendapati peningkatan yang signifikan pada kadar konsentrasi perkerja, melalui data pengurangan kesalahan ejaan oleh kerani yang berkerja.

.

Selain itu, gabungan bauan pelbagai jenis bunga juga digunakan untuk meningkatkan keupayaan otak manusia sewaktu proses pembelajaran, kerana aroma wangian bunga didapati meningkatkan fokus dan kerajinan. Data ini dibandingkan dengan tempoh belajar pelajar yang sama, diletakkan di bilik tertutup yang tidak menggunakan sebarang aroma wangian, dan mendapati pelajar berkenaan menjadi kurang fokus, cepat mengantuk dan tubuh menjadi lesu.

.

.

Bidang aromakologi adalah satu cabang kajian terhadap aroma, yang maseh baharu.

.

Kebanyakan kajiannya adalah untuk mengkaji kesan aroma dalam wangian (perfume) yang digunakan oleh manusia, sekaligus membantu manusia untuk memilih wangian yang tepat, berdasarkan karakter dan sifat wangian yang betul, lalu membantu emosi dan psikologi manusia, demi gerak kerja harian.

.

Wangian sebenarnya sangat membantu dalam kehidupan harian manusia. Justeru itu, gunakan wangian dari sumber alam semulajadi, demi kesihatan fizikal, psikolgikal, spiritual dan emosional yang lebih baik.

.

Justica The Roses No 2, menggabungkan aroma dari kelopak mawar putih bersama aroma lemon.

.

Real human, use real aroma.

.

– Abang Black –

.

Bacaan lanjut,

.

1. http://humanflowerproject.com/index.php/weblog/comments/the_science_of_scented_memories/

.

2. The Smell Report – An Overview of Facts and Finding, Kate Fox, Social Issues Research Center.

.

3. The Great and Powerful Schnoz, https://www.pressherald.com/2012/06/17/the-great-and-powerful-schnoz_2012-06-17/

.

4. https://youtu.be/F3qEhDA1obs

.

5. https://youtu.be/f2NG6U_1iJM