Daun Nilam Mampu Merawat Keresahan?


Wallace_map_archipelago

Ramai pengkaji sejarah, mengakui bahawa kepulauan melayu dahulu, melintangi sehingga 1/8 dunia. Melayu tidak hanya bermula dengan Melaka. Tapi juga termasuk Kerajaan Pasai, Acheh, Palembang, kepulauan Madagascar, Okinawa, New Zealand dan ada yang berpendapat sehingga ke Australia.  Keseluruhan kepulauan melayu ini, menyimpan pelbagai khazanah hutan hujan tropika, sehingga ramai ahli botani yang masuk ke hutan tropika ini, untuk mengkaji pokok dan kebaikannya kepada manusia.

 

Pelbagai sumber hutan hujan tropika boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita, bahkan ada yang memberi manfaat kepada manusia termasuk dalam industri perfume. Antara sumber hutan yang digunakan dalam industri perfume, termasuklah Patchouli.

 

Daun patchouli atau nilam, adalah sejenis tumbuhan renek dalam keluarga pudina. Tumbuhan ini mempunyai bunga yang berwarna putih-merah jambu. Ianya tumbuh secara semulajadi, kebanyakannya di negara asia tropika, misalnya China, Indonesia, India, Malaysia, Mauritius, Taiwan, Philipine, Thailand dan Vietnam.

 

patchouli-plantBanyak khasiat yang boleh diperolehi dari daun nilam. Misalnya, pada masa dahulu, kita tidak punyai ubatan yang ada kesan anti-piratik atau anti inflamasi. Oleh itu, orang melayu menggunakan daun nilam atau daun selaseh untuk menurunkan suhu badan yang tinggi, juga untuk kesan anti inflamasi secara semulajadi.

 

Dalam industri perfume dunia, penggunaan extract essence oil dari daun nilam adalah sangat meluas, terutamanya dalam pembuatan perfume organic, sama seperti keluaran BlackOut dan Justica gunakan.

 

Sewaktu perdagangan diantara kepulauan melayu dan China, melalui laluan sutera dahulu, para pedagang menggunakan daun nilam yang dikeringkan, dan disimpan bersama kain sutera yang didagangkan, untuk mengelakkan kain sutera menjadi rosak akibat serangan lipas, yang suka bertelur diatas kain. Ianya secara tidak langsung, membantu para pedagang memaksimakan keuntungan.

 

Antara kebaikan extract essence oil daun nilam adalah kerana harumannya boleh bertindak sebagai anti depressen. Apabila seseorang itu menggunakan extract minyak essence dari daun nilam, badannya akan mengeluarkan lebuh banyak hormon yang menyebabkan badan menjadi tenang, seperti hormon serotonin dan dopamin. Hormon yang keluar ini, mampu merawat penyakit keresahan (anxiety disorder), baran dan tekanan perasaan.

 

Selain itu, daun nilam juga mampu bertindak sebagai agen anti inflamasi. Inflamasi boleh sebabkan demam dan kesakitan. Justeru, daun nilam mampu merawat kesakitan dan sekaligus mengurangkan panas badan. Malahan, ianya mampu merawat masalah kulit, gout dan masalah athritis yang lain.

 

Bagi mereka yang mempunyai masalah seksual, daun nilam mungkin boleh membantu anda. Ini kerana, daun nilam mampu bertindak sebagai agen aphrodisiac, untuk merawat masalah mati pucuk, kurang nafsu, atau masalah pancut awal.

 

Kajian terkini berkenaan daun nilam, ianya mampu menjadi agen penghalau serangga, termasuklah nyamuk dan juga anai-anai