Haruman Membantu Mengawal Tekanan Darah Tinggi?


hhhhManusia dan tumbuhan itu wujud tiada terpisah. Manusia menghidup oksigen yang dihasilkan tumbuhan. Manusia menghembuskan carbon dioksida yang digunakan tumbuhan. Tidak setakat itu, kita juga menjadikan tumbuhan sebagai makanan. Haiwan yang makan tumbuhan turut dijadikan makanan oleh manusia.

Tindakan psikologi manusia, banyak dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Manusia di bandar tidak sama dengan manusia di kampung, yang lebih dikelilingi oleh tumbuhan. Tindakan manusia ini, dikatakan atas sebab faktor radiasi infrared.

Menurut Peter Tompkins dan Christopher Bird didalam buku mereka, Secret of The Soil, bauan tubuh badan manusia, adalah diransang oleh radiasi, yang disebabkan oleh infrared. Apabila tubuh manusia terdedah kepada radiasi infrared, badan manusia akan mulai alami proses vasodilatasi, iaitu pengembangan salur darah. Salur darah yang kembang, mampu menstabilkan tekanan darah. Selain itu, semua salur darah yang kembang, membolehkan perjalanan darah ke bahagian kapilari, lebih sempurna. Patut la atok nenek kita dulu, sarankan keluar kerja sebelum matahari terbit. Dikatakan, selepas matahari terbit, sehingga sebelum gelincirnya matahari menandakan masuk waktu zohor. Kemungkinan pada waktu itu lah gelombang radiasi infrared lebih tinggi. Atok nenek kita kan dulu kerjanya bertani.611980

Bahkan, dalam rawatan aromaterapi moden, ramai ahli terapi menggunakan cahaya infrared keatas pesakit selama 5 minit sebelum sebarang proses rawatan. Dikatakan, ianya mampu membuatkan wangian melekat pada badan dengan lebih kental dan manusia lebih cepat rasai ketenangan.

Terdapat satu bidang kajian yang menarik, iaitu berkenaan infrared spectrophotometry. Ianya telah dijumpai buat kali pertama oleh seorang genius Irish pada kurun ke 19, yang bernama John Tyndall. Tyndall telah mendapati, terdapat extract essensial oil daripada beberapa jenis tumbuhan, mampu untuk menyerap radiasi infrared.

Antara tumbuhan yang mampu menyerap gelombang infrared adalah ros, selain daripada patchouli, sandalwood, ylang ylang, cloves, lavender dan lain-lain.

Ros antara tumbuhan yang terkenal dalam proses penghasilan perfume. Ros atau Rose adalah perkataan Perancis, yang diambil daripada perkataan Latin, iaitu Rosa. Kebanyakan spesis rose adalah datangnya dari Asia. Cuma ada sedikit baka yang datangnya dari eropah, Amerika Utara dan Utara Barat Afrika.

Ros pernah digunakan dalam perubatan Cina, untuk merawat masalah sakit perut. Batang pokok rose, mengandungi vitamin C. Bahkan ada kajian terbaru mengatakan, ros mampu memperlahankan pertumbuhan kanser.

Ros sangat signifikan dalam kehidupan seharian kita. Ros, selain digunakan didalam perfume sebagai fragrance compound, ianya selalu juga digunakan sebagai bahan pewarna, atau bahan perasa ke dalam minuman, seperti yang wajib ada sewaktu majlis kenduri perkahwinan, dalam adat melayu, iaitu air sirap. Ada juga orang mencampurkan ros kedalam minuman herba yang pahit, untuk mengimbangi rasa pahit herba tersebut.

Jika di timur tengah, ros ditambah kedalam makanan seperti Naugat, Gumdrops, raahat dan baklava.

Ros sering dikaitkan dengan kelembutan dan santun. Jadi tidak hairan jika ramai pelukis dan orang seni, menggunakan ros sebagai motif perlambangan keindahan dan kelembutan.

Dan ya. Ros merupakan antara essensial oil, yang menjadi asas didalam Justica Bachelor yang dikeluarkan oleh Kasturi Emas.