Bagaimana Hidung Manusia Mengenali Bauan?


Factory, dalam bahasa inggeris.
Kilang, dalam bahasa melayu.

Signifikan nya, kilang adalah tempat dimana satu-satu barangan dicipta, akan tetapi tidak pada ‘kilang lama’, atau olfactory.

Saraf olfactory, langsung tidak terlibat dalam mencipta bauan. Tetapi ia menjalankan proses mengesan atau membau bauan.

Membau bauan?

Ya.. Walaupun istilahnya pelik untuk disebut, tetapi perkataan itu, menggambarkan proses keseluruhan secara jelas.

Begini..

Tanpa kita sedar, kita sebenarnya dikelilingi oleh bahan kimia yang setiap satunya, punyai molekul yang sangat ringan dan terapung-apung disekitar kita, yang wujud dalam bentuk halus dan ghaib dari pandangan mata kasar.

Ianya macam misteri, tapi tidaklah se-misteri yang disangka.

Molekul-molekul kimia yang terapung dipersekitaran kita ini, mampu bereaksi antara satu sama lain, apabila berlaga sesama mereka.

Menariknya, saraf olfaktori manusia tidaklah mengesan bau molekul itu secara spesifik.

Tetapi, bauan itu sendiri terjadi dan terwujud akibat tindak balas, hasil reaksi sesama molekul dari sekeliling kita, dan secara kebetulan, tindakbalas ini berlaku di olfaktori bulb, yang terletak didalam hidung manusia.

Olfaktori bulb pula, mengesan ransangan hasil reaksi kimia molekul-molekul ini, lalu ransangan itu kemudiannya dibawa ke otak, untuk diterjemahkan.

Disebabkan itu, saraf di hidung, berfungsi untuk mengesan / membau bauan hasil interaksi molekul yang berada disekeliling kita, yang menghasilkan bauan.

Atau secara teknikalnya, otak kita menafsirkan setiap satu bau molekul, lalu berdasarkan interaksi setiap molekul-molekul yang ada di sekeliling kita itu, otak kita pun mengkelaskan setiap bauan yang terhasil – maka dari penafsiran dan pengkelasan bauan oleh otak itu, wujudlah bauan-bauan khusus yang kita kenali, seperti bau lavender, bau kenanga, bau cempaka, cengkih, kesidang, dan seumpamanya.

Contoh, seperti kita hidu bauan interior Mercedes la.

Bau tu, tidak terhasil kerana wangian yang disembur ke ruang interior kereta itu saja. Tetapi, bauan itu adalah hasil interaksi molekul-molekul termasuk dari material dalam kereta, seperti leather, sponge, dashboard dan sebagainya.

Sebab tu, bau kereta-kereta mewah ni, ada bau identitinya yang tersendiri, hasil interaksi kimia antara molekul-molekul yang ada di ruangan interior kereta berkenaan.

Kerana itu, proses ini dinamakan ‘Membau Bauan’.

Lebih menarik, penterjemahan kepada bauan oleh otak manusia ini, memerlukan kewujudan seorang manusia.

Tanpa manusia, tiadalah bauan, apatah lagi wangi-wangian.

Sebab tu, kena hargai hidung dan saraf olfaktori kita.

Jangan lah dijamu kepada hidung itu wangian dari aroma kimia, hanya kerana jenamanya, atau kerana model yang digunakan untuk mengiklankannya.

Jangan rencatkan fungsi hidung yang hebat dan sempurna dalam menyusun mekanisma proses membau, dengan menghidu wangian bersumberkan petro kimia.

Ianya menyiksa saraf anda.

Gunakanlah perfume yang dihasilkan dari sumber alam semulajadi tanpa bahan kimia sintetik merbahaya, tanpa penggunaan aroma kimia, phthalate, petro kimia dan sebagainya.

Real human, use real aroma.