Bagaimana Pendapatan Sampingan Boleh Membantu Lelaki Ini


Jika diceritakan tentang 10 tahun dahulu, roti canai dan nasi lemak pun harganya tidak sampai seringgit. Tetapi sekarang, nilai seringgit itu pun sudah tidak dipandang lagi. Betapa perubahan zaman membuatkan nilai wang itu naik setinggi-tingginya.

Bukan sekadar harga makanan, malah barangan keperluan hidup juga sudah tiada yang murah. Walaupun kedua-dua pasangan bekerjaya, namun tetap ada yang tidak betah dengan situasi kewangan sekarang. Itu hakikat yang perlu kita terima, situasi sudah berbeza.

Tetapi, jangan resah dahulu. Mari kita lihat bagaimana Encik Azhar mampu menangani masalah kewangan dalam hidupnya. Encik Azhar bukanlah eksekutif yang kaya-raya, hidupnya hanya sederhana sahaja. Mempunyai seorang isteri sebagai suri rumah dan dua orang anak yang masih kecil. Bagi Encik Azhar ,gajinya yang hanya RM2000 itu agak kecil bagi mereka sekeluarga.

Sedikit perkongsian daripada Encik Azhar tentang bagaimana pendapatan sampingan boleh membantunya dalam menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.

 

1.Pelaburan masa depan

Encik Azhar menjadikan pendapatan sampingannya sebagai salah satu pelaburan bagi masa depan. Dengan gaji yang ada, sukar untuk Encik Azhar menyimpan wang setiap bulanan terutama bagi simpanan anak-anaknya apabila sudah besar kelak. Kini, dengan tambahan pendapatan daripada perniaagaan online yang kadang-kadang boleh mencapai hingga RM500 – RM1000 sebulan sangat membantu beliau membuat simpanan.

 

2.Hidup lebih selesa

Pampers? Susu anak? Bil air? Bil elektrik? Sewa rumah? Setiap bulan Encik Azhar perlu membuat senarai perkara-perkara yang perlu dibayar. Jika membuat kira-kira bersama isteri, lebih duit gajinya mungkin hanya dalam seratus dua sahaja.

Sebagai suami, sesekali Encik Azhar turut ingin memenuhi keinginan isterinya namun dengan komitmen yang ada, agak sukar bagi beliau melakukan demikian. Hal ini membuatkan Encik Azhar lebih bersungguh-sungguh untuk menambah pendapatannya.

 

3.Tidak mensia-siakan masa terluang

Encik Azhar bukan seorang yang suka membuang masa. Setiap masa yang ada adalah satu peluang baginya. Perkara yang sangat ‘simple’ dan mudah baginya. Setiap masa terluang seperti hari minggu atau pada waktu malam beliau gunakan sebaiknya untuk berniaga ‘online’. Lebih mudah baginya kerana dengan perniaagaan atas talian ini, beliau tidak perlu fikirkan apa-apa kos yang perlu dikeluarkan seperti minyak kereta dan tol.

 

4. Belajar dengan pengalaman baru

Sebagai seorang pekerja awam, beliau bukanlah seorang yang mahir dalam bidang perniagaan. Namun begitu, dengan cara berniaga atas talian ini, beliau dapat belajar tentang bagaimana untu mendekati pelanggan, bagaimana untuk menarik perhatian umum dan sebagainya. Bukan sahaja mendapat wang tambahan, malah pengalaman dan ‘skill’ baru juga boleh digilap. Tidaklah terhad kepada satu perkara sahaja.