Bahaya Aroma Kimia Sintetik


#3

.

Terdapat 3 jenis kategori perfume.

.

1. 100% semulajadi.

.
2. Campuran semulajadi dengan aroma kimia.

.
3. 100% aroma kimia.

.

Kebanyakan perfume dalam pasaran kita hari ini, adalah datang dari kategori nombor 3.

.

Kerana, kos penghasilannya sangat murah, dan ia boleh juga dijual dengan harga yang murah dan jangan terkejut, siap ada rejected variant lagi.

.

Wangian dalam kategori 3 juga, boleh dikeluarkan sebanyak-banyaknya dan tidak punyai had, kerana untuk menghasilkan perfume tersebut, anda cuma perlukan flavour atau perasa buatan, yang dihasilkan didalam makmal dalam skala industri yang besar dengan melakukan modifikasi bahan kimia dari sumber petroleum, termasuk methanol, aldehyde dan seumpamanya.

.

Tidak cukup dengan itu, aroma kimia ini juga memerlukan pelbagai bahan kimia lain, untuk bertindak sebagai penstabil, misalnya phthalate, paraben, aspartane, DEET, dan lain-lain.

.

.

Phthalate misalnya, adalah bahan kimia yang digunakan dalam industri pembuatan plastik dan bila digunakan didalam perfume, ia berupaya menjadi fixative kepada wangian tersebut.

.

Malangnya, menurut ramai pakar, bahan kimia phthalate berupaya menyebabkan gangguan fisiologi tubuh, termasuklah gangguan pengeluaran hormon, merencatkan fungsi hormon, sehingga mampu mencetuskan masalah kanser. Lebih mengejutkan, terdapat kajian mendapati, phthalate ini mampu meresap kedalam kulit, dan masuk ke dalam susu ibu, lalu terus ke badan bayi.

.

Banyak persatuan pengguna, termasuk CAP memberikan amaran kepada pengguna untuk berhati-hati dengan produk kosmetik yang menggunakan phthalate sebagai campuran, kerana ia boleh mencetuskan kanser payudara.

.

Malah, ramai Doktor-doktor pakar juga memberi peringatan bahawa, kita semua sentiasa terdedah menjadi secondary smeller kepada phthalate yang dimasukkan kedalam wangian, dan digunakan oleh orang laon, terutamanya sewaktu kita berada dalam pengangkutan awam, restoran, lif atau ruang tertutup yang lain.

.

Laman EWG mendedahkan lagi, 75% perfume yang menggunakan aroma kimia, pasti akan menggunakan phthalate.

.

Do the math.

.

Jika majoriti perfume dalam pasaran kita menggunakan aroma kimia, dan 75% perfume aroma kimia ini menggunakan campuran phthalate, berapa peratuskah perfume yang selamat digunakan dalam pasaran kita?