BERSIH DAN SIHAT : Agen Revolusi dan Inovasi Sosial


picture-of-Chemistry-in-IslamSudah berkurun lamanya, kita menikmati pelbagai jenis haruman dengan pelbagai jenis peringkat haruman.

1000 tahun lalu, ilmuan islam telah memilih pelbagai jenis herba, kasturi dan tumbuhan, untuk dijadikan haruman, dengan pelbagai peringkat. Terima kaseh kepada 2 orang ilmuan yang menemukan teknik penghasilan haruman.

Bermula dengan Jabbir Ibn Hayyan, juga dikenali sebagai Geber, berasal dari Iran, founder kepada ilmu kimia moden, yang telah menemui teknik distillation dan purification.

al_kindi_syrian_stamp_1

Kemudiannya, datang Abu Ishak Al-Kindi, kelahiran Iraq, juga seorang ahli falsafah, Ahli Kimia, Ahli Fizik, Ahli Matematik, Ahli Geografi dan ahli astronomi. Beliau telah menulis sebanyak 107 jenis resepi perfume berbeza peringkat. Didalam bukunya Al Kimiya Al Itr itu, tidak saja terhad untuk menghasilkan perfume. Malah, turut juga menyumbang kepada penciptaan ubatan untuk merawat manusia.

 

Selepas zaman Abu Ishak Al Kindi, seorang lagi ilmuan islam dari Parsi, iaitu Ibn Sina, telah melakukan experiment keatas penciptaan formula haruman. Beliau bermula dengan memperkenalkan proses ekstraksi minyak daripada bunga ros, sehingga beliau menemui beberapa formula haruman, dengan menggabungkan minyak daripada proses ekstraksi, bersama dengan herba lain, yang mewujudkan aroma dan punyai nilai tambah dari sudut kesihatan.

Teknologi haruman telah dikaji lama dalam dunia islam, sebelum ianya menjadi popular di Eropah, hasil perdagangan dan peperangan, melalui tanah Andalusia dan Arab. Teknologi haruman, mulai diperkenalkan ke Eropah, terutamanya Perancis, bermula pada kurun ke 11 dan ke 12, apabila tentera salib mulai pulang ke negara mereka dan membawa sedikit sebanyak harta dagangan.

Semenjak itu, eropah mulai mendahului dalam bidang haruman, termasuklah menjadi pelopor kepada penciptaan haruman sintetik yang bermula di German.

Perancis Dan Haruman DiRaja.

Selepas haruman dibawa masuk ke Eropah, Perancis dengan segera menjadi sebuah pusat pengumpulan haruman, bagi menggantikan pusat asalnya, iaitu di Tanah Arab, Parsi dan Andalusia. Perancis tidak sekadar menjadi pusat pengumpulan haruman, malahan mereka turut mulai menanam bunga dan pelbagai jenis tumbuhan, seawal kurun ke 14, sehingga ia akhirnya menjadi salah satu industri terbesar di Perancis, sehingga Grasse, sehingga kini, dikenali sebagai ‘World Capital of Perfume’.Perfume_history

Dahulu, eropah tidaklah sebersih dan bertamadun seperti hari ini. Mereka sebelumnya jarang mandi, malah, boleh pula ada amalan buang air besar di tepi-tepi jalan. Akan tetapi, kesemua amalan jahiliah tersebut mulai berobah selepas zaman pencerahan (Renaissance period), selepas banyak keilmuan falsafah daripada tanah Andalus, mulai diperkenalkan ke Eropah.

Sewaktu zaman awal Renaissance ini, haruman mulai digunakan oleh golongan bangsawan, untuk menutup bau busuk badan mereka, akibat amalan sanitasi yang maseh terencat. Lama kelamaan, permintaan perfume mulai tidak terhad kepada golongan bangsawan sahaja. Malah, mulai mendapat permintaan yang tinggi dan akhirnya, industri haruman di Eropah menikmati titik mula kegemilangannya pada kurun ke 17, sehinggakan, King Louis XV, mahukan haruman yang berbeza setiap hari di istana nya.

Haruman dan Perobahan ‘Public Oppinion’ di Russia

red moscow

Perfume The Red Moscow, dicipta hasil inspirasi Ibu kepada Tsar Nicholas II, Maria Feodorovna

Kempen kesedaran tentang kebersihan dan kesihatan, melalui seni haruman, juga berkembang pesat di Russia semenjak tahun 1921. Ianya perlahan-lahan membentuk kod hygine baharu kepada golongan proletar, dan akhirnya ia membentuk satu pandangan umum, bahawa kebersihan dan kesihatan adalah satu keperluan.

Haruman di Russia pada awalnya, juga hanya digunakan oleh golongan bangsawan. Akan tetapi, selepas revolusi Bolshevik, haruman naturel yang sebelumnya digunakan oleh golongan bangsawan, mulai diperkenalkan kepada golongan termiskin. Ianya diperkenalkan melalui jalan edukasi, tentang kepentingan kesihatan dan kebersihan.

Pelbagai kelas haruman diperkenalkan, tidak terhad untuk digunakan oleh golongan bangsawan, malahan turut juga boleh digunakan oleh golongan bawahan. Kesemuanya bertujuan untuk mempromosikan ‘better hygine’ kepada golongan paling miskin di Russia, sehinggalah terciptanya sabun yang dicipta dari tumbuhan semulajadi, dan dijual dengan harga yang sangat nurah, supaya, sesiapa sahaja boleh menggunakannya.

Perfume akhirnya menjadi sebahagian daripada perjuangan empire di Russia dan menjadi sebahagian daripada kempen dan propaganda politik. Bahkan, ia menjadi sebuah industri asas, untuk perancangan ekonomi.

‪#‎HARUMAN‬ tidak terhad sebagai haruman. Ianya adalah sebuah perjuangan kebangkitan, melalui seni dalam aroma.

Kesimpulan

Kata Bung Fathi Aris Omar, orang eropah tercerah dengan semangat minum kopi dan berbual tentang idea untuk perobahan, sedangkan kopi itu pula adalah pengaruh yang dibawa dari tanah arab.

Kata saya, perlu ada tambahan sedikit, iaitu berkenaan kempen kesedaran tentang kesihatan dan kebersihan, melalui industri haruman. Ianya telah merobah eropah sehingga tercerah sampai saat ini. Industri haruman ini, cumalah dibawa masuk ke Eropah, sedangkan tanah asal datangnya adalah dari Tanah Arab, Andalusia dan Parsi.

Kalau kita imbas kembali sejarah, Eropah itu tidak saja berobah menjadi hebat kerana kerencaman ilmu falsafahnya yang dibawa masuk dari dunia Islam. Tidak. Ianya juga bermula dengan kesedaran tentang kebersihan dan kesihatan.

‪#‎APAKAH‬ mustahil sejarah yang sama, bakal berulang di Malaysia?

Tidak mustahil kawan. Kempen kesedaran dan kesihatan mampu merobah eropah. Tidak mustahil ianya mampu merobah Malaysia.