BLACKOUT : Climate Change


factorysmokeTindakan kita semalam, menentukan cuaca kita hari ini.

“..Climate Change bukan lagi satu cabaran. Ia sudah pun menjadi satu realiti..” – Barack Obama

Climate selalu di definisikan sebagai perobahan corak yh ythgxgu di satu-satu kawasan, atau di peringkat global. Ada juga yang mendefinisikan climate sebagai cuaca purata di satu-satu kawasan. Perobahan ini berlaku adalah disebabkan peningkatan gas Carbon Dioksida yang terperangkap di Atmosfera.

Cuaca purata ini, melibatkan musim, pergerakan angin, kadar kelembapan udara (humidity of air), suhu dan pelbagai lagi. Cuaca purata inilah yang membentuk ekosistem semulajadi satu-satu kawasan, lalu membentuk ekonomi dan kebudayaan setempat.

Menurut laporan kajian yang disediakan oleh Jabatan Ekologi Washington, daripada Washington State’s Intergrated Climate Response Stratergy, kurun ke 21, iaitu kurun kita sekarang ini, menyaksikan perobahan cuaca global mendadak, yang tidak pernah disaksikan semenjak 2000 tahun lalu. Perobahan cuaca purata (climate change) ini sangat pantas.

Kesan perobahan ini memberi kesan impak mega skala besar, disebabkan gas carbon dioksida yang semakin meningkat di atmosfera, akibat pembakaran gas asli dan pembakaran hutan. Kesannya adalah, pemanasan global!

Antara kesannya termasuklah peningkatan paras air laut, akibat pencairan glasier dan ais di kutub bumi. Kesan pemanasan global ini, boleh mengakibatkan perobahan cuaca yang ekstrim, kebakaran hutan, banjir besar dan sebagainya.

Ramai saintis meramalkan bahawa, perobahan ini akan menjadi semakin parah dan teruk, menjelang tahun-tahun yang akan datang, lalu akan memberi kesan besar kepada manusia, dari sudut kesihatan, ekonomi dan ekologi.

Antara kesan kesihatan termasuklah, masalah paru-paru dan masalah kesihatan lain.

Tabung oksigen semulajadi – iaitu hutan kita yang semakin menipis dalam skala besar, akibat pembalakan tak terkawal – menyebabkan gas carbon dioksida tidak dapat ditapis, lalu membuatkan manusia semakin kekurangan oksigen. Akibat pemusnahan hutan ini, ia akan mengganggu kawasan tadahan air semulajadi, lalu merencatkan bekalan air bersih kepada manusia.

Pelbagai sistem dalam kehidupan seharian kita bakal terganggu, akibat perobahan cuaca purata (climate change) ini. Apakah tindakan kita hari ini?