Botol Sedutan : Teknik Kuno Yang Masih Digunakan Sehingga Hari Ini


Bila hidung sumbat, alat ini sangatlah berfungsi dan diperlukan demi untuk melawaskan nafas.

Tetapi tahukah anda, teknik menghidu botol yang diletakkan bahan ubatan seperti ini, sudah diamalkan di China semenjak 2000 tahun yang lampau!

Cuma bezanya, ‘snuff bottle’ yang digunakan oleh mereka, dimasukkan rempah ratus seperti daun pudina kering, daun selaseh kering, serbuk buah pala, serbuk kulit kayu manis, bunga mawar dan seumpamanya, untuk merawat masalah hidung tersumbat, batuk, selesema, sakit perut, aktifkan otak dan sebagainya.

Sehinggalah apabila Portugis mulai memperkenalkan tembakau kepada Beijing seawal pertengahan abad ke 16, budaya menggunakan Botol Penyedut ini sebagai medium perubatan, sudah semakin terhakis.

Kebiasaannya, daun tembakau dihisap menggunakan ‘paip’ dan ia menjadi amalan kebiasaan masharakat, sehinggalah kepada pemerintahan Dinasti Qing, yang mulai melarang penggunaan tembakau, lalu ‘Botol Penyedut’ ditukarkan fungsinya kepada medium untuk menyimpan serbuk tembakau.

Aktiviti menghidu Botol Penyedut ini yang pada awalnya untuk medium perubatan, telah bertukar menjadi medium melepaskan ketagihan dan meransang otak, dengan menyedut serbuk tembakau.

Serbuk Tembakau diharamkan penggunaannya sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Qing. Pun begitu, penggunaan Botol Penyedut ini tidaklah menjadi satu kesalahan, kerana ia sememangnya digunakan secara tradisional sebagai medium perubatan.

Lama kelamaan, penggunaan Botol Penyedut ini semakin popular dan banyak digunakan oleh golongan bangsawan, bahkan sehingga menjadi lambang status sosial seseorang, sehingga akhirnya ia menjadi kegunaan ruji pelbagai lapisan masharakat, bahkan telah menjadi adat bertamu, untuk menjamu barang sepam dua sedutan serbuk tembakau, sambil meminum teh.

Botol Sedutan berukir dari tahun 1785 dalam koleksi Ruth And Carl Barron yang dijual pada harga Rm72,000.

Bentuk moden Botol Sedutan ini, kini banyak dijual di farmasi. Cuma, janganlah kita menukar budaya menyedut bahan ubatan ini, kepada budaya menyedut kokain pula.

Sekian diucapkan.