Bunga Melati : Simbolik Sebuah Kebangkitan


“..akarnya termasuk tunggang, sulit untuk dipatahkan – kalaupun dipatahkan – bekasnya tidak rata, dam juga tidak berserat. Akarnya berbuku-buku..”

Bunga Melati, juga dikenali sebagi bunga Jasmine atau bunga melur. Ianya dijadikan tanda sebuah ikatan yang ampuh dan tidak mudah terpadam. Misalnya dalam tradisi perkahwinan masharakat jawa dan sunda, mereka menggunakan bunga melati sebagai hiasa sanggul pengantin perempuan. Bunga melati melambangkan sebuah ikatan yang dianggap perlawanan menuntut sebuah kehidupan yang lebih baik.

Dalam kebudayaan melayu, bunga melati juga dianggap sebagai bunga kehidupan, keindahan dan penyatuan, samada penyatuan seorang lelaki dan seorang wanita melalui pernikahan, atau penyatuan roh untuk kembali bersama tuhan. Bahkan, gugurnya bunga melati dianggap sebagai jatuhnya seorang pahlawan yang berjuang untuk negaranya. Ya bunga melati adalah lambang sebuah perlawanan menuntut keadilan.

Tuntutan menjatuhkan presiden Tunisia pada tahun 1987 dan revolusi Tunisia pada tahun 2011 juga dikenali sebagai Jasmine Revolution. Revolusi menuntut keadilan ini juga telah dilambangkan dengan bunga Jasmine atau dikalangan orang melayu, dikenali sebagai bunga Melati.

Kesan perlawanan menuntut keadilan di dunia arab, mulai menjalar keseluruh dunia, termasuk juga China. Pada tahun 2011, sebuah himpunan pro democracy protest yang berlaku di China juga dinamakan sebagai Revolusi Jasmine, demi mengambil semangat revolusi yang berlaku di Tunisia.

Sayangnya, sebuah bandar di Syria, iaitu Damsyik, yang menggunakan bunga melati sebagai simbolik lambang bandarnya, kini sedang ditimpa musibah peperangan. Kejadian ini, benarlah petanda sebuah kejatuhan. Sebuah kegelapan. Kejatuhan suatu semangat perlawanan.