Cinnamon : Rempah Maharaja Kepada Maharaja


Cinnamon adalah nama kepada berdozen spesis pokok dan juga kepada jenis rempah yang dihasilkannya. Kesemua Cinnamon, adalah datang dari pokok dalam genus Cinnamomun dari keluarga Lauracae. Kulit Kayu Manis, atau Cinnamon adalah sebenarnya kulit dalaman pokok, dari genus Cinnamomum. Akan tetapi, pada hakikatnya, bukan semua kulit kayu manis, adalah kulit kayu manis yang sebenar. Mungkin rasanya dan baunya sama. Akan tetapi, berbeza. Kerana, Kulit Kayu Manis yang sebenar adalah dari pokok Cinnamomum Verum, pokok yang asalnya dari Sri Lanka.

Nama asal Cinnamon telah digunakan di England semenjak kurun ke 15 dan perkataan cinnamon itu  diambil daripada Bahasa Greek, iaitu Kinnamomon, yang juga pada hakikatnya, Cuma meminjam perkataan dari Bahasa Hebrew, iaitu Qinnamon.

Kulit Kayu Manis, ditanam di Sri Lanka, buat pertama kali telah disebut oleh Zakariya Al-Qazwini, Athar Al-Bilad wa Akhbar Al-‘Ibad, kira-kira pada tahun 1270. Kemudian, ianya diulang sebut semula tidak lama selepas itu, oleh John of Montecorvino dalam tahun 1292.

Secara umumnya, laluan perdagangan rempah, termasuk Kulit Kayu Manis ini, bermula dengan kapal dari kepulauan melayu, yang berjaya mengimport Kulit Kayu Manis, terus daripada kepulauan Maluku, ke Timur Afrika, dimana, peniaga tempatan kemudian membawanya ke Utara Alexandria di Mesir. Jika di Eropah, perdagangan rempah ratus, termasuk kulit kayu manis, dimonopoli oleh pedagang dari Venice, yang juga mendapatkan bekalan daripada Alexandria, iaitu rempah yang sama, dibawa oleh kapal dari Nusantara.

Laluan perdagangan yang seakan terganggu, sehingga menyebabkan ada monopoli pasaran, adalah disebabkan kuasa-kuasa di Laut Mediterinian mulai naik, seperti Kerajaan Mamluk dan Turki Uthmaniah, sehingga menyebabkan Eropah terpaksa mencari laluan yang lebih luas, dalam perdagangannya dengan Asia. Apabila kapal Portugis tiba di Ceylon (Sri Lanka), mereka telah menyusun semula hasil produksi tempatan keatas Kulit Kayu Manis, dan semua ini telah diuruskan oleh Sinhalese. Mereka telah membina kota di atas kepulauan itu pada tahun 1518 dan mempertahankan Ceylon, atas sebab mahu memonopoli pasaran. Dan ya, mereka berjaya memonopoli pasaran sehingga 100 tahun.

Rasa Kulit Kayu Manis dibentuk oleh essensial oil yang beraroma, yang membentuk sehingga 0.5-1% daripada keseluruhan komposisinya. Kaedah penyediaan essensial oil yang digunakan pula, dengan merendamkan keseluruhan Kulit Kayu Manis didalam air yang bergaram, seperti air laut, kemudiannya di distill kan kesemuanya, lalu, terhasillah essensial oil Kulit Kayu Manis, dengan warna kuning keemasan dan bauannya yang menghangatkan tubuh. Semakin lama disimpan, proses aging akan berlaku dan menyebabkan warnanya berobah menjadi semakin gelap.

Dalam perubatan Ayuverdic, penggunaan Kulit Kayu Manis, adalah dalam merawat masalah batuk, selsema, allergic rhinitis, sinusitis dan sebagainya. Kebanyakannya, adalah melibatkan saluran pernafasan atas. Menariknya, bauan kulit kayu manis berhubung secara terus kepada olfaktori bulb di hidung, dan bersambung terus kepada dasar otak, sehingga, Kulit Kayu Manis juga, disebut sebagai tonik otak.

Manakala, dalam perubatan Tradisional China, rempah Kulit Kayu Manis ini dikenali sebagai Gui Zhi. Penggunaan Kulit Kayu Manis adalah untuk mengeluarkan kebahagian luar, apa yang sepatutnya dikeluarkan. WhatsApp Image 2016-08-05 at 6.13.42 PMBanyak tafsiran yang berlaku atas perkataan ini. Ada yang berpendapat, ianya berfungsi dalam mengeluarkan peluh, sekaligus, merawat masalah atherosclerosis, yang menjadi penyebab masalah tekanan darah tinggi. Kulit kayu manis, sangat berharga dalam perubatan Tradisional China, sehingga Eric Grey mengklasifikasi kan Kulit Kayu Manis sebagai herba terpenting dalam Materia Medica. Malahan, Kulit Kayu Manis juga disebut sebagai ‘Rempah Maharaja Kepada Maharaja’.

Di Kasturi Emas, kami menggunakan rempah ini – KULIT KAYU MANIS – sebagai salah satu bahan didalam Orga Monte Carlo, selain campuran vanilla dan halia, dalam merawat masalah travel sickness dan menyegarkan mata anda, sepanjang pemanduan anda.