CLIMATE CHANGE : Petandanya Sungguh Jelas


climate change

Kalau korang perasan, semenjak dilancarkan BLACKOUT Climate Change, kami banyak berkempen untuk selamatkan alam semulajadi demi mendepani perubahan iklim semasa yang semakin terjejas teruk dek tangan-tangan kita semua.

Walaupun perobahan iklim semasa mendadak ini, masih dalam perdebatan – samada ia proses semulajadi – iaitu akibat kedudukan matahari yang lebih hampir dengan bumi, juga tiada data konkrit gas Carbon Dioxide boleh memerangkap haba – atau sebenarnya, akibat peningkatan gas CO2 di atmosfera – lalu menyebabkan Pemanasan Global – hakikat yang kita perlu terima adalah, perobahan cuaca yang mendadak ini, sedang mengancam seluruh makhluk Allah dimuka bumi ini. Ini lah isu yang maseh diperdebatkan. Sebab itu, tak boleh nak salahkan Donald Trump bila dia kata, Climate Change are not real. Sebab, ramai saintis pun cakap benda yang sama. Mereka menyokong bahawa Climate Change ini adalah proses semulajadi, semenjak jutaan tahun dahulu, dengan teori, kita maseh di fasa Zaman Ais. Sezaman, tetapi berbeza tahun dengan haiwan yang sudah pupus seperti The Mammoth.  Ya.. Kita sedang diancam kepupusan!

Apa yang mengancam?

Kalau kita perasan, beberapa hari lepas, laman web Inside Climate ada keluarkan berita tentang beberapa jenis virus, yang sepatutnya sudah pupus, tetapi kini ia kembali, selepas bongkah ais dan dataran ais di Antartika mencair. Virus yang muncul ni, boleh kembali menyerang manusia, sehingga menyebabkan kematian. Sama macam apa yang pernah berlaku suatu masa dulu. Masih ingat dengan kematian disebabkan polio dahulu?

Apakah ini tidak logik? Saya berikan perbandingan.. Ada kajian mengatakan, penyakit malaria muncul selepas penerokaan hutan berleluasa. Selepas puluhan tahun, pada tahun 2015, baru penawar nya ditemui. Lama kan nak jumpa penawar? Virus yang muncul akibat pencairan ais ini, cepat ke nak dapat penawarnya? Virus ini sudah tentu mengancam nyawa kita semua!

Tidak cukup dengan cairnya ais dan memunculkan virus ni, sekarang muncul pula isu baru. Dataran ais sedang merekah. Rekahan ini, boleh menyebabkan pencairan yang lebih dasyat lagi. Peningkatan air laut, akan lebih mendadak. Bukan sahaja dataran ais di Antartika sedang merekah, malah sekarang muncul pula tasik-tasik separa beku. Beku dibahagian atas, dibawahnya air.

Baru-baru ni, laman Science Alert ada mengeluarkan berita, tentang penemuan ribuan tasik beku di Timur Antartika, yang telah disahkan sekumpulan saintis.

Ini bukan peristiwa kali pertama. Kejadian ini pernah berlaku di Greenland, yang mana telah menyebabkan Greenland kehilangan ais sebanyak 1 trillion tan, sepanjang tahun 2011 sehingga 2014. Semua ini berlaku, dipercayai akibat kemunculan tasik beku ini.

climateeeeeSatu pasukan saintis dari UK, telah menganalisa ratusan gambar dari satelit dan mendapat data dari Laughovde Glacier dari tahun 2000 sehingga 2013. Apa yang mengejutkan adalah, mereka menemuka lebih dari 8000 tasik beku.

Tasik beku ini pula, ada 2 pilihan. Samada ia akan menjadi lebih beku, lalu membentuk dataran ais, sebagaimana sedia ada sekarang, atau ia akan terus mencair, lalu airnya mengalir ke sungai dan laut.

Jika pilihan kedua ini terjadi, kita sepatutnya menjadi semakin risau, kerana apabila air ais bertemu dengan air garam di laut, ia boleh membentuk arus bawah laut, lalu menghakis bongkah ais dan dataran ais di Antartika. Apa yang akan berlaku seterusnya adalah, peningkatan paras air laut secara mendadak.

Peningkatan air laut ni, bakal menenggelamkan tanah tempat tinggal kita jugak nanti. Apa pulak tak logik? Sekarang, kita dah ada Climate Refugee tau..

Pada 19 Ogos lepas, New York Times ada keluarkan satu berita tentang sebuah kampung kecil di Alaska, yang bakal tenggelam, akibat pencairan ais dan peningkatan paras air laut.

Kampung ni, mahu dipindahkan, semenjak tahun 1973 dan tahun 2002 lagi. Tapi atas sebab beberapa isu, mereka tak dapat dipindahkan. Dan semenjak tahun 2005, kerajaan telah membelanjakan sebanyak 27 Juta USD, untuk perlindungan persisir pantai, demi menjaga Kampung yang terletak diatas sebuah pulau di kecil di Utara Nome itu, supaya tidak tenggelam.

Perkampungan Shismaref, di pulau Sarichef ini, mempunyai komuniti seramai 600 orang dan semenjak tahun 1969 sehingga kini, kampung itu telah tenggelam, lebih dari 200 kaki.

#TahukahAnda?
isle jean charles
Pada bulan Januari tahun ini, kerajaan US telah membelanjakan sebanyak 48 juta USD, untuk memindahkan penduduk di Isle De Jean Charles, kerana pulau mereka telah tenggelam, akibat peningkatan air laut. Ini telah membuatkan mereka, dikenali sebagai US first Climate Refugee.

Kerajaan British telah membuat kajian dan mendapati, seramai 200 juta orang bakal kehilangan tempat tinggal asal mereka, dan dipindahkan ke tempat baharu, akibat pemanasan global dan Climate change. Di Alaska saja, sebanyak 31 perkampungan berdepan dengan ancaman kampung tenggelam dan mereka bakal kehilangan tempat tinggal.

Kalau di Malaysia, menurut kajian, Kedah adalah negeri pertama yang akan tenggelam, menjelang tahun 2050.

Pertengkaran diantara saintis itu, kita biarkan lah. Barangkali, mereka tidak perasan akan perobahan kualiti udara, yang semakin hari, semakin menyesakkan nafas. Dengan pembakaran hutan secara terbuka, tebang balak tanpa kawalan, penerokaan hutan simpan dara, dan pelbagai lagi, kita sendiri boleh rasai, betapa alam kini semakin tenat.

Realitinya, kita semua akan hadapi segala kesan perobahan iklim mendadak ini. Apa lagi yang kita boleh wariskan kepada anak cucu? Tanah? Rumah? Semuanya bakal tenggelam.

Jika benar teori pemanasan global ini, kota sekurang-kurangnya, ada sedikit peluang untuk membetulkan segala kekusutan dan ancaman kepupusan berskala mega ini. Kalaupun teori ini salah, apakah tidak elok, jika menjaga alam ini dengan lebih baik?

Stop Climate Change. There is NO Planet B!