Haruman Dan Karakter


Haruman dan karakter sememangnya dua perkara yang berkait rapat.  Bagi pemilihan perfume yang tepat, kebiasaannya anda akan didedahkan dengan haruman-haruman yang berdasarkan personaliti anda.

Mari kita lihat 8 karakter yang berbeza mengikut haruman kegemaran anda!

1. WOODIES

– Anda seorang yang berjiwa bebas, tidak mudah patah semangat dan berkeyakinan tinggi. Anda juga seorang yang menepati janji dan masa. Dan yang paling menarik, anda seorang yang cintakan alam semulajadi.

2. SPECIES

– Anda adalah seorang yang mempersonakan dan penyayang. Anda sangat disenangi kerana anda merupakan pencetus keceriaan dan pembangkit semangat rakan-rakan yang lain. Anda juga seorang yang pandai berterima kasih dan menghargai pemberian orang lain.

3. SEEDIES

– Anda mempunyai firasat semulajadi dan empati yang tinggi. Anda juga sering menjadi inspirasi bagi orang lain dan kuat daya pemerhatiannya. Bukan itu sahaja, malah anda seorang yang kuat ingatan.

4. ROOTIES

– Anda mudah bergaul dengan orang sekeliling dan juga seorang yang sangat percaya pada diri. Anda juga disenangi kerana anda mampu untuk menjadi seorang pendengar yang baik. Yang paling penting, anda seorang yang setia dalam perhubungan.

 

5. LEAFIES

– Anda seorang yang berpandangan jauh serta mahir menganalisis tentang apa yang akan berlaku. Anda sangat peka dengan persekitaran dan gemar berfalsafah serta berteori untuk diri sendiri.

6. HERBIES

– Anda sangat mengambil berat pada orang sekeliling anda. Anda seorang yang proaktif dan sentiasa cuba sedaya mungkin untuk membantu orang yang memerlukan. Malah, anda juga bijak menyelesakan diri dengan persekitaran baru.

7. FRUITY

– Anda seorang yang rajin bekerja, mesra, komited dan sentiasa menyokong orang lain dalam tindakan mereka. Anda juga mahir dalam stabilkan emosi sendiri dan mampu menjadi inspirasi untuk rakan-rakan.

8. FLORAL

– Anda seorang yang periang dan disukai ramai. Sentiasa tampil bertenaga dan penuh semangat. Anda juga berkeyakinan tinggi dan sukakan suasana yang riang.