Haruman, Harga Sebuah Ketenangan.


Hakikatnya,haruman bukanlah sekadar untuk menutup bau badan dan wangian yang tahan lama.tetapi ia juga boleh digunakan lebih daripada itu.

Sejarah membuktikan bahawa penggunaan minyak pati dalam tradisi melayu sudah lama diamalkan sejak dahulu lagi contohnya amalan mengurut selepas bersalin dan urutan untuk menyegarkan badan. Selain itu penggunaan kayu setanggi juga berfungsi untuk memberikan aroma yang menenangkan.

Di samping itu,haruman dari sumber minyak pati alam semulajadi juga dijadikan dalam bentuk wangian yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit tubuh yang mengancam kesihatan.

Kajian juga menunjukkan bahawa aroma wangian mampu meransangkan tubuh manusia sehingga mampu merawat masalah psikologi seperti keresahan dan membantu seseorang untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Selain itu, aroma lavender, ros dan kenanga turut berupaya membantu tubuh untuk tampil berkeyakinan. Dalam masa yang sama juga, aroma lavender terbukti mampu mengurangkan tekanan sekaligus membantu kita untuk menghadapi hari-hari yang penuh masalah dengan lebih tenang.

Anda pernah mendengar tentang Sick Building? Satu sindrom di mana anda menjadi loya, pedih hidung, sakit kepala dan kelesuan yang berpunca akibat duduk terlalu lama dalam ruangan bangunan yang kurang pencahayaan . Ia juga boleh terjadi kerana menghidu aroma sintetik yang datang dari cat meja dan dinding.

Tetapi, jangan risau kerana aroma semulajadi seperti bunga lavender, kacang tonka, jasmin dan sandalwood boleh bertindak sebagai agen penyeimbang bauan sintetik yang berada di persekitaran kita.