Helah Hang Tuah Menawan Tun Teja.


Siapa yang tidak kenal dengan Hang Tuah, pahlawan yang sangat mahsyur dalam kalangan masyarakat Melayu kita.

Lupakan sebentar tentang kisah kesetiaannya kepada Sultan, tetapi kali ini,kita intai berkenaan Hikayat Hang Tuah yang diperintahkan oleh Sultan Melaka untuk membawa Tun Teja mengadap Baginda Sultan. Apa yang lebih menarik, Hang Tuah perlu menambat hati Tun Teja bagi menyempurnakan perintah Baginda.

Tetapi, hasrat Hang Tuah untuk memikat Tun Teja telah ditolak melalui ibu angkatnya. Maka dengan itu, Hang Tuah dikatakan telah berhelah dengan menggunakan ‘Jebat’, kononnya sejenis minyak guna-guna untuk menarik perhatian Tun Teja. 

Percayakah anda? Sebenarnya ,’minyak guna-guna’ itu adalah minyak wangi yang dicampurkan dengan beberapa herba termasuk daun nilam.

Helah Hang Tuah nampaknya menjadi. Sejurus sahaja terkena ‘minyak guna-guna’ itu, Tun Teja terus mahu berjumpa dengan Hang Tuah pada malamnya. Namun, Tun Teja telah tersesat bersama dayang-dayang ketika pergi mencari Hang Tuah dan dalam kekalutan itu, tiba-tiba persekitaran Tun Teja ketika itu berbau sangat wangi.

Nampaknya,helah Hang Tuah berhasil hanya dengan menggunakan minyak wangi.

Menurut sebilangan pakar pembuat wangian organik, mereka menyatakan bahawa kandungan minyak wangi itu berkemungkinan dicampur gaharu dan daun nilam kerana bau harum mula terbit selepas Tun Teja melakukan aktiviti dan berpeluh.

Peluh itulah yang menjadi pengaktif kepada haruman seperti gaharu dan daun nilam untuk berbau lebih wangi dan lembut.

Menarik bukan?