How To Handle This Perfume?


.

Kalau awak beli perfume kebanyakan yang menjadi lambakan dalam pasaran, jarang diorang ajar, ‘How To Handle This Perfume’, atau bagaimana mahu gunakan dan kawal selia produk.

.

‘Product know how’ ni, penting, lebih-lebih lagi perfume adalah sebahagian dari sebatian kimia, yang dibancuh dan dibentuk aromanya, lalu dibotolkan, supaya mudah diakses untuk digunakan oleh orang ramai.

.

Ada kes, selepas perfume disemburkan didalam kenderaan bertutup dan ber’aircond’, lalu dinyalakan pemetik api, api itu terus menyambar keseluruhan ruangan dalam kenderaan, sehingga mencederakan orang didalam kenderaan tersebut.

.

Tonton video ni.

.

Malah, apa yang perlu dibuat jika perfume tersebur didalam mata pun, ramai maseh tak tahu. Pengetahuan tentang prosedur ‘simple eye irrigation’ misalnya, adalah maseh rendah dalam kalangan pengguna.

.

Kepentingan product know how tak dinafikan lagi, kerana ia melibatkan tentang dimana harus kita simpan perfume, dimana nak sembur perfume pada tubuh, lokasi-lokasi pada tubuh yang perlu di sembur, aroma hangat, aroma sejuk, aroma pertengahan, bau tajam, lembut, keras dan macam-macam lagi la..

.

Dimana nak belajar pasal benda ni semua?

.

Tak susah. Boleh google ja.

.

Tapi, kalau beli Parfum Naturels Blackout Justica, detail every single things, kita ajar kepada pelanggan yang nak belajar.

.

Biasanya kita akan beritahu secara ringkas kepada pembeli dan beritahu lebih mendalam, kepada yang bertanya dan nak tahu lebih lanjut.

.

.

Dari tempat simpan perfume, sampai lah kepada warning jangan dedahkan pefume ditempat panas – bukan isu perfume meletup, sebab perfume Blackout Justica, tak ada flash point, tapi ada boiling point – tapi, takut bahang panas merosakkan multivitamin yang kita masukkan kedalam perfume.

.

Kalau multivitamin rosak, tidaklah perfume itu menjadi rosak. Tapi, khasiat multivitamin itu kita tak dapat. Rugi sikit la..

.

Ini la proses edukasi.

.

Lama-lama, ramai orang secara automatik faham tentang ‘nature’ wangian dari sumber semulajadi berserta kebaikan yang datang bersama dengannya.

.

Proses edukasi ni, leceh sikit. Sebab tak ramai orang suka dengar. Yang kecam ramai la.

.

.

Tapi, biar lah. Yang penting, misi utama kita adalah, nak orang di sekeliling kita, tahu dan faham kebaikan aroma semulajadi, sekaligus untuk gunakan wangian dari sumber aroma semulajadi, kerana kita sendiri sudah sedar, sudah tahu, dan sudah faham keburukan aroma dari sumber petrokimia.

.

Takkan kita yang tahu, tak nak berkongsi dengan orang yang tak tahu.

.

“..Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna..”

– Az-Zumar : 9 –

.

Sudahkah anda berkongsi wangian Blackout Justica kepada 3 orang baru, yang anda temui?