Justica The Roses No 1


 

Zaman sekarang ni, kalau kita pergi ke mana-mana taman perumahan, jarang kita jumpa rumah yang tanam pokok bunga tradisional Malaysia, seperti Kesidang, Kenanga, Mawar, Kemboja dan seumpamanya.

Kalau ada pun yang tanam, tak ramai.

Sebab zaman sekarang ni, suami isteri berkerja. Pagi keluar rumah, petang balik rumah. Mana sempat nak tanam pokok bunga.

Justeru, kalau hari ini kita tanya di jalanan kepada orang ramai tentang aroma Bunga Rosé, pasti jawapan yang kita terima, aroma Bunga Ros itu seperti bau sirap.

Jangan pelik.

Memang wujud pun spesis Bunga Rose yang berbau seakan aroma sirap.

Pun begitu, ia adalah dari spesis Bunga Rose yang datang dari luar – bukan native di kepulauan Asia Tenggara.

Hakikatnya, masih ramai yang tak pernah hidu aroma Bunga Rose dari jenis ‘Pink Rose’, yang memang native di negara-negara dengan iklim tropika.

Bila orang tak biasa tanam, maka normal bagi mereka tidak biasa bau akan aroma bunga Pink Rose ini, apatah lagi, mahu memetik kuntuman bunga ini, untuk dihadiahkan kepada yang tersayang.

Bunga Rose adalah bunga yang istimewa. Pokoknya berduri, dan ada setengah spesis, berdurinya itu sampai ke akar.

Dalam kebudayaan melayu, Bunga Rose dianggap sebagai simbol kehidupan, terutamanya dalam seni ukiran. Ukiran Bunga Rose pada pintu, gerbang rumah, tiang seri dan seumpamanya, adalah simbolik kepada orang didalam rumah, yang sentiasa menghadapi ujian kehidupan yang penuh ranjau berduri, sehingga lah kemuncak kehidupan yang berbunga kembang dan beraroma segar.

Dalam tradisi kesufian, Bunga Rose adalah simbolik yang jelas, bagi menggambarkan sebuah perjalanan salik (perjalanan hamba mengenal diri dan tuhan) dalam mendidik jiwa. Batang Bunga Rose yang berduri, dianggap sebagai sebuah perjalanan tazkiyatun nafs (penyucian jiwa) yang penuh onak berduri, demi mencapai redha tuhan yang maha tinggi.

Diatas tradisi ini lah presentasi Justica The Roses berdiri bersama falsafah keilmuan tradisionalnya.