Pusaka Nusantara Nenek Moyang.


Masyarakat Melayu kita sangat kaya dengan pelbagai petua-petua lama oleh orang terdahulu. Ada yang masih digunakan hingga sekarang dan ada juga yang telah  luput ditelan zaman.

Banyak sebenarnya yang kita tidak tahu mengenai penggunaan sesuatu bahan semulajadi yang ada di sekitar kita. Mari kita lihat beberapa sejarah penggunaan sesuatu bahan dalam masyarakat sebelum ini.

 

  1. Daun nilam

– Para pedagang kain sutera dahulu menghadapi masalah kain sutera rosak dan berbau busuk akibat najis lipas. Maka mereka menggunakan daun nilam untuk bertindak sebagai ubat gegat bagi menghalau lipas-lipas yang ada.

Mereka akan menjemur daun nilam ini hingga separuh kering lalu diletakkan beberapa helai daun nilam di dalam peti yang menyimpan kain-kain sutera China yang mahal itu.

 

  1. Daun bunga raya

– Ibu-ibu dahulu sangat suka menggunakan daun bunga raya jika anak-anak mereka mula panas badan.  Daun ini akan dikoyak-koyakkan dan dicampur dengan air. Lendiran daripada daun ini dipercayai mampu menurunkan suhu badan.

Bukan zaman dahulu saja, sehingga sekarang pun kaedah ini masih di guna pakai lagi oleh sesetengah golongan masyarakat.

 

  1. Penggunaan bau kemenyan

– Kalau dulu, disebut bomoh saja pasti tidak terlepas dengan asap kemenyan. Ada antara mereka yang gunakan kemenyan untuk mengasap keris.

Ramai yang menganggap ianya adalah amalan mistik sedangkan memandikan keris dengan kemenyan dan saffron adalah bertujuan untuk mengelakkan keris dari berkarat.

 

  1. Kapur barus dan limau.

– Amalan mandi bersama kapur barus dan limau pada zaman ini selalunya melibatkan kes mistik kerasukan.

Padahal penggunaan dua bahan ini adalah untuk membantu tubuh untuk kembali segar dan mendapatkan kembali keyakinan diri.

 

  1. Daun Selaseh

– Pokok selaseh ini jika dipatahkan akan mengeluarkan aroma yang menarik perhatian. Oleh sebab itu,orang-orang dulu suka tanam pokok ini di sekitar rumah mereka untuk dijadikan sebagai perangkap bagi  tujuan keselamatan.

Jika ada yang melanggar pokok ini dan dahannya patah, maka tuan rumah sendiri sudah tahu  bahawa ada seseorang berada berdekatan dengan rumah mereka.

 

Orang Melayu lama ini sememangnya mempunyai seribu satu cara dalam memanfaatkan alam semulajadi yang ada di sekeliling mereka. Jadi, janganlah kita mensia-siakan ilmu kehidupan yang diturunkan dari golongan ini kerana setiap satu itu pastinya mempunyai kebaikan yang tersendiri.