Kasturi Kijang Asli : Kenapa Disebut Sebagus-bagus Haruman?


Kasturi yang kecil dan tumbuh pada badan kijang itu, tidak saja menghubungkan kawasan pedalaman Tibet dengan dunia arab dan dunia luar, bahkan, menurut Arjun Appadurai, seorang ahli Antropologi kontemporari, beliau mengatakan bahawa Kasturi telah merobah Tibet dengan sebuah cultural-economic baharu.

gold (2)Kasturi, mempunyai permintaan tinggi pada zaman dahulu, bukan saja ianya berbau harum, bahkan ianya juga disebut sebagai universal remedy atau exotic super drug!

Ibn Sina di dalam Qanun Fi Tibb menghuraikan kasturi mempunyai kemampuan untuk dijadikan antidot kepada gigitan serangga berbisa. Malah, kenyataan ini diulangi oleh Ibn Al-Quff (seorang fizichien dan pakar bedah) didalam Al-Umda dan Ibn Hubal (seorang fizishien) juga menyebutkan perkara ini didalam kitab Mukhtarat Fi Tibb.

Jadi, dah tahu kenapa Nabi S.A.W katakan Kasturi ini sebaik-baik wangian?