Kelebihan Menjadi Ahli Kasturi Emas


Parfum naturels adalah perfume yang dikeluarkan di bawah jenama Blackout dan Justica, dan ia diperbuat daripada 100% bahan alam semulajadi. Wangian Parfum Naturels ini bernaung di bawah syarikat Kasturi Emas. Syarikat ini sudah mula bertapak sejak tahun 2013 lagi dan kini, ia semakin dikenali dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Menjadi sebahagian daripada Kasturi Emas akan memberikan anda banyak kelebihan yang akan membawa keuntungan kepada anda. Mari kita sentuh satu persatu kelebihan yang akan anda peroleh jika anda menyertai kami di Kasturi Emas.

1.Keahlian seumur hidup.

Hanya dengan sekali bayaran, anda diisytiharkan sebagai ahli bagi seumur hidup anda. Tidak perlu lagi untuk fikirkan tentang pembaharuan yuran dan sebagainya, malah anda ahli atau tidak, anda akan tetap mendapat kelebihan Kasturi Emas.

2.Tanpa komitmen bulanan.

Jika anda terfikir bahawa apabila menjadi ahli anda wajib untuk membuat jualan atau belian yang berterusan setiap bulan, anda silap! Bersama dengan Kasturi Emas, anda tidak perlu memikirkannya lagi kerana pihak kami tidak akan membebankan anda dengan apa-apa komitmen.

Anda tidak perlukan belian minima sebaliknya, anda bebas membuat pilihan sendiri samada meneruskan pembelian untuk diri sendiri mahupun untuk mulakan perniagaan anda.

3.Latihan serta perkhidmatan atas talian dan lapangan.

Anda mahu mula berniaga tetapi anda tidak tahu caranya? Mahu mengikuti kelas berniaga tetapi bayaran sekarang boleh sahaja mencecah ratusan ringgit bukan? Dengan menjadi ahli Kasturi Emas, anda akan diberi latihan tidak kira atas talian mahupun di lapangan.

Pihak Kasturi Emas sendiri akan mengadakan kelas kepada para ahli untuk memantapkan lagi teknik-teknik untuk berniaga.

4.Keuntungan maksima.

Jika anda berminat untuk membuat pendapatan sampingan, anda boleh gunakan Parfum Naturels sebagai satu platform untuk meraih keuntungan.Dengan menjadi salah seorang ahli Kasturi Emas, anda boleh mendapatkan keuntungan maksima sehingga 100%.

5.Jana pendapatan tanpa had

Menjadi ahli Kasturi Emas, tidak bermakna anda perlu agresif dalam menjual Parfum Naturels. Jika anda seorang yang sudah berkerjaya tetap, mungkin sukar untuk anda mencari ruang masa dan secara tidak langsung jualan anda menjadi lebih pasif. Sebenarnya, aktif atau pasif tidak menjadi satu masalah jika anda menyertai kami kerana kami tidak meletakkan syarat sedemikian bagi mereka yang mahu menjadi ahli.