Kenapa Gunakan Bunga Mawar Sewaktu Bersanding?


Mawar Putih dikatakan antara bunga paling diminati oleh agen pendebungaan seperti kumbang dan lebah, malah yang lebih menarik, lebah cuma akan menghampiri Mawar Putih, selepas pokok bunga berkenaan sudah bersedia untuk proses pendebungaan (polination), dengan mengeluarkan haruman melalui kelopak bunganya.

.

Proses lebah mendekati Kelopak Bunga Mawar selepas sampai tempoh yang dikehendaki oleh Bunga Mawar Putih ini, adalah simbolik jelas dalam amalan perkahwinan masyarakat Melayu, yang membenarkan anak gadis mereka berkahwin, selepas sampai tempoh matang, dan sesuai untuk pergi bersama dengan pengantin lelaki.

.

Sebab itu, Bunga Mawar Putih ini adalah bungaan yang wajib ada dalam majlis persandingan atau pernikahan, malah pada zaman ini, Mawar Putih digunakan didalam mana-mana majlis perkahwinan, tanpa mengira latar belakang budaya atau bangsa, sebagai simbolik jelas kepada falsafah Bunga Mawar Putih itu sendiri, yang membawa maksud ketulusan, suci, cinta sejati, dan seumpamanya – Perlambangan signifikan kepada alam semulajadi yang harmoni dan dinamis.

.

Simbolik Justica The Roses No 2 dengan aroma Bunga Mawar Putih dan lemon, adalah tentang penghargaan kita, kepada mereka yang kita hormat.

.

Bila cerita tentang mutualism antara unggas dan bunga, kita tak terlepas dari tajuk – Kesediaan salah satunya, untuk berinteraksi antara satu sama lain.

.

Kesediaan ini, diatur siapa?

.

Ya..Ia diatur alam, melalui signal ransangan kepada ‘akar’.

.

Penghormatan kita kepada ‘akar’ adalah sangat penting, demi menyambung sebuah adat hidup, yang mencerminkan adat alam.

.

Jadi siapakah ‘Akar’ kita?

.

Bila kali terakhir kita menghadiahkan sesuatu, sebagai sebuah tanda penghargaan kepada mereka?