Asal Usul Haruman


Perfum, Perfume, Wangian, Attar atau apa saja istilah yang merujuk kepada haruman, ianya sudah wujud semenjak ribuan tahun dulu. Perkataan perfume asalnya adalah daripada perkataan latin, iaitu ‘per fumus’, yang membawa maksud ‘diasapkan’. Industri perfume, mulanya dimajukan oleh bangsa Rom, Parsi dan Arab. Akan tetapi, ianya telah wujud lama sebelum itu. Misalnya, jika di tenggara asia, yang merujuk kepada kepulauan melayu, haruman kebanyakan adalah dalam bentuk colok dan dibakar untuk dapatkan harumannya. 

Perfume telah di rekodkan pertama kali ditemui di zaman tamadun mesapotamia, melalui seorang pencipta perfume yang bernama Tapputi. Jika di India, tamadun Indus merekodkan penggunaan haruman dalam teks-teks ayuverdik klasik hindu, seperti Chakra Samhita dan Sushruta Samhita.

Sejarah dunia perfume kemudiannya menjadi lebih besar sewaktu pengembangan tamadun arab, selepas kedatangan islam. Bahkan, dunia arab menjadi pelopor dan penyumbang terbesar kepada kehebatan penciptaan perfume di barat hari ini. Misalnya, Jabir Ibn Hayyan, lahir di Iraq yang mula-mula mencipta proses distillation, evaporation, dan filtration tumbuhan, yang mana, proses tadi mampu mendapatkan bauan daripada tumbuhan dalam bentuk wap air, dan boleh dikumpulkan dalam bentuk minyak dan air.

al_kindi_syrian_stamp_1Al Kindi, yang juga lahir di Iraq adalah antara ahli kimia yang awal yang disebutkan sebagai pengasas kepada industri perfume dunia. Beliau mencipta resepi atau formula haruman, yang berfungsi sebagai bahan kosmetik dan digunakan juga dalam bidang penciptaan ubatan, dan semua benda ni tercatat dalam sebuah buku ‘al kimia al itr’ atau ‘Book of Chemistry of Perfume and Distillation’. Ibn Sina, lahir di Parsi, kemudiannya mengasaskan teknik ekstrak minyak daripada bunga, dan sehingga kini, kita maseh menggunakan teknik yang diasaskan oleh Ibn Sina ini dalam pembuatan perfume.

Semua teknologi ini berlaku dan diasaskan sewaktu zaman kegemilangan sesebuah empayar. Industri wangian kemudiannya di eksport ke Barat melalui tanah Andalusia, bersama dengan sebuah keagungan dan keilmuan daripada ilmuan-ilmuan yang hebat, seperti Ibn Rushd, Al Kindi, dan ramai lagi ilmuan yang telah merobah eropah, sebagaimana eropah hari ini..

Kita hari ini, berbangga dengan perfume yang berasal dari Perancis atau eropah. Sedangkan hakikatnya, eropah cuma meneruskan kegemilangan yang dibawa oleh sebuah tamadun, yang bangkit bersama islam.

Legasi kegemilangan industri haruman kini sedang giat diteruskan oleh pasukan Kasturi Emas.