Manfaat Bunga Lavender


 

Bunga lavender secara umumnya banyak digunakan sebagai bahan tambahan untuk pewangi, sabun, shampu, aromaterapi dan ubat-ubatan . Nama lavender sendiri berasal dari bahasa Latin, lavare  yang bermaksud  ‘untuk mencuci ‘. Ini kerana lavender memberikan satu aroma yang bersih pada si penghidu.

Tanaman asli yang berasal dari kawasan pegunungan Mediterania ini mempunyai beberapa kelebihan yang sangat berguna kepada manusia. Luangkan hanya dengan seminit masa anda untuk bersama-sama mengetahui tentang kelebihan-kelebihan ini.

 

1.Mengurangkan insomnia.

Lavender merupakan satu rawatan akternatif bagi pengidap-pengidap insomnia. Memiliki aroma yang menenangkan bukan hanya akan membantu masalah tidur, malah turut mengurangkan sakit kepala (migrain) , kemurungan, kebimbangan dan juga tekanan emosi.

 

2.Merawat kulit

Menurut pakar kulit dan aromaterapi, minyak lavender boleh digunakan untuk merawat masalah kulit muka seperti jerawat. Bukan itu saja, malah turut boleh membantu untuk mengurangkan parut-parut di muka akibat jerawat.

 

3.Antiseptik

Berdasarkan lipatan sejarah Perang Dunia 1, lavender telah digunakan untuk menggantikan antiseptik bagi mengubat luka para tentera yang tercedera kerana pada ketika itu, bekalan antiseptik telah habis.

 

4.Mengurangkan kesan lecur

Menurut Rene Maurice Gattefose, seorang ahli kimia dan bapa terapi moden pada awal 90-an pernah menulis tentang betapa efektif minyak lavender membantu untuk menyembuhkan tangan yang cedera akibat melecur.

 

Jadi, anda sudah tahu, kan? lavender bukanlah hanaya sebagai bunga yang mencantikkan halaman anda malah lebih daripada itu.