Mari Kenali Perfume – 1


Ramai orang tahu tentang perfume.

.

Malah, adalah sangat pelik, kalau ada manusia tak kenal perfume, dan seseorang itu boleh digelar sebagai alien, jika dia tak kenal apa itu perfume.

.

Bahkan, kalau ibu bapa seorang pengguna perfume, maka anak-anak mereka akan lebih kenal perfume, walaupun berusia muda dan maseh kecil.

.

Tapi sayang..

.

Ramai daripada kita, tidak pernah bertanya, perfume dihasilkan daripada apa? Dari mana sumber wangian?

.

Itu belum lagi soalan teknikal dari mereka yang sudah berpengalaman menggunakan perfume seperti,

.

Bagaimana proses perfume dihasilkan?
Kenapa ramai orang alah dengan perfume? Kenapa ada perfume yang sebabkan gatal-gatal pada kulit?

..

.

Menurut Valerie Ann Worwood, wangian atau perfume, dihasilkan dari 2 sumber utama.

.

1. Sumber semulajadi, termasuklah dari daun, akar, batang, bunga, buah, bijik benih, dan seumpamanya.

.

2. Sumber petroleum dan gabungan pelbagai jenis bahan kimia.

.

Manurut laman Enviromental Working Group, majoriti perfume dalam pasaran kita hari ini, dihasilkan dari sumber nombor 2, iaitu dari sumber petroleum dan dikenali sebagai perfume sintetik dan perfume sintetik ini, kebiasannya dijual dengan harga yang murah.

.

Lebih dasyat lagi, 95% kandungan bahan kimia didalam perfume sintetik ini, adalah toksik kepada tubuh, dan berpotensi untuk mengganggu fungsi hormon badan, mengganggu fisiologi normal badan, mencetuskan alahan, menyebabkan masalah kulit dan sebagainya.

.

Yang lebih menyedihkan, perfume yang didapatkan dari sumber 1, iaitu dari sumber semulajadi, kebanyakannya dijual dengan harga yang sangat mahal, dan kebanyakannya mensasarkan golongan atasan sebagai pembeli.

.

50ml perfume dengan harga Rm2000 adalah harga normal bagi kebanyakan perfume dari sumber semulajadi. Disebabkan harganya yang mahal, jarang untuk kita dengar jenama-jenama seperti Amouage, Tsi La, Sharini, Abahna, Liz Earle, Lush Karma dan sebagainya. Padahal, jenama-jenama ini sangat dikenali oleh golongan bangsawan.