Mengapa Daun Selaseh Disebut Herba Diraja?


Aaron Tait Photography

Daun selaseh atau basil, adalah tumbuhan renek dalam keluarga pudina. Tumbuhan ini, subur di tanah asia dan dikatakan berasal dari India semenjak 2000 tahun lalu. Daun selaseh, signifikan dengan masharakat Kelantan, yang gemar menjadikan daun selaseh sebagai ulaman untuk dicicah bersama budu.

 

Jika di Perancis, daun selaseh dikenali sebagai herba diraja atau herba bangsawan, kerana khasiatnya yang unik. Dikatakan juga, daun selaseh dahulu, digunakan sebagai haruman oleh wanita muda, untuk menarik perhatian orang lelaki, kerana bauannya yang unik dan menyegarkan mata. Jika di Congo, masharakat asli disana menggunakan daun selaseh untuk merawat kerasukan. Dan mereka percaya bahawa daun selaseh mempunyai khasiat magis, yang mampu menarik perhatian orang lain, untuk mencintai atau senang dengan kita, lantas ianya memberikan ketenangan dan kekayaan.

 

Daun selaseh, mempunyai khasiat sebagai agen anti piratik dan anti inflamasi dan mampu mengurangkan demam dan kesakitan. Daun selaseh juga dikatakan mempunyai khasiat mencerahkan kulit, dan memberikan tona warna yang sekata pada kulit.

 

Dalam sebuah kajian pada tahun 2009, didapati, ada komponen daun selaseh sangat toksik pada nyamuk dan serangga jika digunakan dan dimakan oleh manusia walaupun ianya toksik kepada nyamuk, tetapi ianya selamat untuk digunakan kepada manusia. Malah, daun selaseh juga mampu bertindak sebagai anti viral, anti microbial dan mengandungi anti oxidan yang banyak.

 

Bahkan, daun selaseh juga mampu mengawal pembentukan platelet didalam darah, justeru ianya mengawal faktor pembekuan darah dan mampu mengelakkan anda dari terkena serangan jantung.

 

Daun selaseh digunakan sebagai bahan asas didalam parfum BlackOut dan Justica, cuma ianya diletakkan pada note berbeza, mengikut varian parfum. Bauannya membuatkan anda tenang dan merasa segar, disamping menyegarkan mata anda yang mengantuk atau menyegarkan badan yang lesu.

 

BlackOut dan Justica bukanlah satu-satunya parfum yang menggunakan daun selaseh. Tetapi, daun selaseh juga digunakan didalam perfume bangsawan seperti Jo Malone London, 1881 Acqua Forte Cerruti dan Bel Ami dari Hermes.

 

Tahu tak? Dalam BLACKOUT dan JUSTICA ada extract daun selaseh juga. Kalau awak ada pewangi kereta-rumah ORGA, awak tengok dalam stress potion, pun ada hirisan bunga selaseh.

 

Best kan haruman dari Kasturi Emas? Hehehe