Mengenai Kasturi Emas


IMG-20160217-WA0058

Kasturi Emas adalah sebuah syarikat yang dibangunkan oleh anak tempatan, yang kini sedang giat mempelopori seni aroma berstatus tinggi tanpa bahan kimia sintetik. Pasukan Kasturi Emas, kini sedang rancak memperkenalkan parfum naturel kepada umum, dalam masa yang sama, mahu mendidik masyarakat tentang kebaikan perfume yang dicipta daripada bahan semulajadi. Syarikat ini telah bertapak semenjak dari tahun 2008 dan pada ketika itu mulakan pasarannya di Bandar Baru Bangi. Kemudian, Kasturi Emas mulai mendapat pasaran domestik semenjak 2013 dan kini pasarannya sudah mulai tembus ke pasaran Singapura, Brunei dan Australia.

cropped-Logo-Large-01.pngSelain itu, Kasturi Emas kini sedang giat membangunkan projek pembangunan usahawan perfume, tanpa modal. Projek ini secara tidak langsung, telah membantu ramai pelajar universiti dan pelajar sekolah menengah untuk berniaga, untuk pendapatan sampingan, demi menampung kos pembelajaran dan kos sara hidup.