Misi Dan Visi


Visi kami adalah melihat pada masa hadapan, perfume kami dapat diterima sebagai satu perfume alternatif, kepada perfume sintetik yang menjadi lambakan dipasaran. Kami juga mensasarkan, supaya setiap pengguna produk kami, tahu akan kelebihan memakai perfume naturel, berbanding perfume mereka sebelum ini dengan ilmu dan mereka pula mengkaji fakta itu, sehingga ia mampu menjadikan rakyat Malaysia lebih peka dengan apa saja produk yang mereka gunakan dalam hidup sehari-hari mereka.

Justeru, kami memandang ini adalah sebagai sebuah khidmat kemasyarakatan, dalam memberi pendidikan kepada rakyat Malaysia khas nya dan negara-negara serantau am nya, yang sedang membangun, akan kebaikan dan kepentingan kita sebagai pembolehubah dalam pasaran dan konsumerism. Maka MISI kami adalah memberikan yang terbaik dengan segala kudrat dan kemampuan, meski pelbagai halangan mungkin mendatang.

Marilah bersama-sama Kasturi Emas dan masuk bersama kami dalam sebuah bulatan kekeluargaan mesra dan tenang, Kasturi Emas. Menghidupkan wangian sumber alami adalah satu perjuangan yang kami anggap mulia, justeru jika anda bersama kami, ia akan jadi sebuah memori terindah. yang akan tercatat dalam kamus dan sejarah hidup kita bersama.