Motion Sickness : Bagaimana Haruman Membantu Merawatnya


Pagi ini, saya dapat maklumat bahawa, ada kawan-kawan kami terpaksa memandu selama 20 jam untuk sampai ke Kota Bharu, Kelantan, untuk pulang berhari raya Aidil Adha bersama keluarga.

Ada satu sindrom yang sering dikaitkan dengan pemanduan yang jauh, menggunakan kenderaan, iaitu ‘Motion Sickness’.


k-motionsickness-enhd-ar1Motion Sickness, mempunyai pelbagai teori penyebab kepada sindrom ini. Antara hipothesis yang paling diterima saintis adalah apabila otak manusia di bahagian postrema mengesan bahawa manusia dalam keracunan.Ianya bermula apabila pandangan mata kita mengatakan bahawa kita sedang dalam keadaan rehat – Bayangkan anda sedang duduk di tempat duduk belakang kenderaan dan mempunyai pandangan luar yang terhad – manakala tubuh kita pula mengesan pergerakan. Lalu, bahagian telinga dalam (vestibular system), mulai menghantar ransangan kepada otak bahawa tubuh merasai pergerakan, akan tetapi, ransangan mata kita mengatakan sebaliknya. Lalu, otak kita akan membuat kesimpulan bahawa kita sedang mengalami hallusinasi, yang kemudiannya membuat kesimpulan bahawa kita mengalami keracunan. Otak kemudian memberikan ransangan untuk muntah, lalu mengeluarkan bahan toksik yang menjadi punca keracunan – padahal, tubuh kita tidak mebalami keracunan pun.

Ada perbahasan falsafah yang terkemudian berkenaan teori ini. Akan tetapi, mari kita biarkan saintis selesaikan bab itu.

Terdapat 3 penyebab kepada sindrom ini, iaitu,

1. Pergerakan yang dirasakan tubuh, tetapi mata tidak dapat melihat
2. Pergerakan yang dapat dilihat, tetapi tubuh tidak merasakan pergerakan
3. Pergerakan yang dapat di lihat dan dirasakan, tetapi tubuh tidak berkerjasama dalam menangani ransangan ini.

kesan daripada sindrom ini, termasuklah rasa mual, muntah dan badan menjadi letih.

539964017Dalam perubatan Tradisi Cina dan Ayuverda, penggunaan HALIA dikatakan mampu merawat masalah pengaliran Qi, dimana menyebabkan sesuatu organ itu, berfungsi dengan baik. Dalam kes muntah dan loya misalnya, pengaliran Qi yang betul, akan membuatkan usus kita menyerap nutrient dengan lebih baik, sekaligus membetulkan proses peristalsis yang jika prosesnya terbalik, ia boleh menyebabkan muntah. Dan jika perjalanan Qi nya betul, simptom muntah itu tidak akan terjadi. Penggunaan Halia juga membantu dalam menyegarkan mata, kerana aromanya yang hangat dan membantu melawaskan pernafasan.

Rumusan ORGA Alaska Breeze adalah secara khusus untuk membantu masalah sindrom motion sickness ini. Melalui ransangan olfaktori yang berhubung terus dengan otak, ianya mampu membantu menyegarkan mata dan pernafasan anda dalam perjalanan dan pemanduan, malah membantu mengurangkan masalah Motion Sickness kepada penumpang kenderaan anda.

Dihiasi dengan aroma halia yang dominant, ianya menambah keselesaan aromanya apabila turut dihiasi dengan aroma lavender yang membuatkan perjalanan anda lebih tenang dan nyaman.

WhatsApp Image 2016-08-19 at 4.23.35 PM