Nak Wangi, Tapi Tak Kenal Wangian?


Perfume secara umumnya, ada 3 jenis.

1. All Naturel Aroma
2. Mix Naturel and Chemical Aroma
3. All Synthetic Chemical Aroma.

Nombor 1, dah tentu adalah yang paling mahal, dek kerana proses penghasilannya yang rumit, mengambil masa yang lama untuk dihasilkan, dan kebiasaannya menggunakan bahan-bahan aromatik yang langka.

Penerokaan aroma baharu, seringkali menjadi satu nilai tambah kepada perfume yang menggunakan aroma semulajadi dan sudah tentu, golongan macam saya yang selalu merungut tentang kos sara hidup yang tinggi, bukanlah ‘niche target customer’ mereka.

Mix Naturel with Chemical Aroma pula adalah perfume yang seringkali mensasarkan sebuah penghasilan wangian, yang menampilkan satu sisi lain dalam penghasilan perfume, iaitu Seni Wangian.

Antara yang menjadi kecenderungan kepada penggiat seni aroma adalah, dengan menggabungkan aroma yang sukar didapatkan, seperti ambergris – muntah ikan paus – lalu demi mendapatkan aroma Ambergris ini, maka ramai perfumer menggabungkan beberapa bahan kimia aromatik seperti Grisalva, Ambroxant dan Ambrocenide, lalu terbentuklah sedikit bauan hamis berlemak ambergris, sebagai gantian kepada ambergris yang sebenar, yang mahal dan langka ini.

Pun begitu, ada sebahagian penggiat aroma ini, kita gelarkan sebagai ‘flavourist’, yang menghasilkan wangian, 100% dari sumber aroma kimia.

Aroma kimia sintetik adalah bahan aromatik, yang dicipta dari gabungan beberapa bahan kimia tertentu, untuk meniru, atau mimik kepada aroma dari sumber semulajadi.

Dengan menggabungkan aroma kimia ini mengikut formula atau resepi tertentu, sebuah ‘wangian’ sudah boleh dicipta.

Padahal ia bukanlah sebenarnya wangian, melainkan cumalah gabungan sebatian kimia beraroma yang dicipta, wujud dalam bentuk cecair dan disimpan didalam botol ‘natural spray’, yang secara umumnya kita kenali sebagai ‘perfume’.

Layaknya sebuah wangian itu disebut sebagai wangian, sudah pastilah dari gabungan sebatian kimia ber-aroma, dari sumber aroma semulajadi yang dicipta tuhan, dari sumber alami, berada disekeliling kita.

Apa ‘kelas’ aroma yang berlawanan dengan fitrah manusia.

Berlawanan fitrah?

“..Ask your chemist to find out what’s in the air and replicate the mixture as closely as possible using synthetic materials. In essence, you are taking a master’s degree at God’s own perfumery school..” – Luca Turin.

Gambar – Bunga Kenanga Hutan. Dikatakan ia adalah spesis asal bagi variasi Pokok Bunga Kenanga.