Penghasilan Minyak Pati Dan Aromaterapi.


Aromaterapi merupakan satu kaedah perawatan kepada tubuh menggunakan minyak pati yang didapatkan daripada daun, batang, akar atau benih tumbuhan.

Terdapat juga minyak pati bersumberkan haiwan seperti kijang yang mengeluarkan kasturi.

Minyak pati ini pula kemudiannya dilarutkan dengan beberapa jenis ‘carrier oil’ (minyak pembawa) bergantung kepada fungsi penggunaan.

Sebagai contoh, jika digunakan sebagai makanan maka minyak pati akan dilarutkan di dalam minyak jojoba (spesis kacang tanah) atau minyak zaitun.

Jika di dalam industri wangian pula, ia akan dilarutkan dalam ‘alkohol denatured’- alkohol yang diletakkan suatu bahan untuk menjadikannya pahit dan tidak boleh dimakan.

Tetapi dengan teknologi terkini, minyak pati boleh dilarutkan dengan air supaya ia boleh disemburkan pada kulit. Secara tidak langsung, boleh mengurangkan kesan alahan terhadap alkohol.

Kesemua kaedah ini adalah untuk memberikan aromaterapi kepada tubuh. Tidak kira samada melalui ransangan saraf olfaktori, penyerapan di kulit atau penggunaan minyak pati untuk dimakan.