Perbezaan Signiture Wangian Dunia


Signiture wangian, adalah berbeza-beza diantara benua.

Di Eropah, kita menyaksikan signiture wangian yang bersifat aldehydic, manakala di Timur Tengah, kita dapat merasai penggunaan aroma-aroma keras dalam wangian mereka. Begitu juga di Benua Amerika, signiture wangian mereka mudah dikenali dek kerana penggunaan aroma kimia oleh kebanyakan pengeluar haruman.

Kemenyan Arab atau dikenali sebagai Olibanum atau Frankincense yang didapatkan dari Yaman

Wangian ini pula, walaupun kadar kepekatan kandungan bahannya berbeza-beza mengikut musim, tetapi kita sebagai pengguna biasa, maseh tetap mampu mengenali signiture harumannya dan boleh terus meneka wangian itu dikeluarkan oleh benua mana.

Berbeza dengan aroma nusantara, sebelum ini, kita selalu terjumpa wangian dengan single note bersama variasi wangian dari sumber aromatik tumbuhan yang native di kepulauan Nusantara.

Tumbuhan native ini sepperti gaharu, kafur, kenanga, nilam dan seumpamanya.

Kini tidak lagi.

Aroma Nusantara dari Blackout & Justica, mulai berobah kearah wangian dengan multiple variation dan multiple notes, namun maseh mengekalkan konsep tradisional, iaitu menggunakan tumbuhan-tumbuhan yang native di Kepulauan Nusantara.

5 varian haruman Blackout Vintage Edition yang dihasilkan dari bahan-bahan yang native dari Kepulauan Nusantara

Pemilihan aroma, kadar kepekatan, seni susunan runut aroma dan seumpamanya disatukan mengikut citarasa budaya Asia Tenggara, lalu disesuaikan bersama suhu tropika dan kadar kelembapan persekitaran kita, sehingga terhasilnya aroma signiture Nusantara.

Setiap variant harumannya, punyai aroma yang damai, yang boleh diterima oleh kebanyakan orang, dengan ketahanan wangian yang tepat, berdasarkan karakter. Malahan aroma wangiannya pula boleh bereaksi dengan suhu tubuh si pemakai, sekaligus dengan suhu persekitaran, lalu menjadikan aroma wangiannya tampil lebih lembut dan menyenangkan hidung orang-orang yang ada disekeliling kita.

Inilah kelebihan wangian yang dihasilkan dari sumber aroma semulajadi.

Real human, use real aroma.