Perfume ‘AfterShave’ Untuk Lelaki Bercukur?


Lepas bercukur pun ada pewangi khusus?

.
After shave adalah cecair atau krim separa pepejal yang digunakan dan dipakai selepas proses bercukur.

.

Bukan bersyukur. Aku tampar kau karang. Kah kah kah.

.

Cecair pewangi aftershave biasanya juga dikenali sebagai perfume dengan kandungan kepekatan bahan wangian yang rendah seperti essential oil atau synthetic fragrant oil, untuk memberi sedikit kesan aroma dan kelainan bagi setiap variant produk.

.

Disebabkan kandungan bahan wangiannya yang rendah dan mengandungi kandungan alkohol yang tinggi, alkohol ini sekaligus boleh bertindak sebagai anti septik kepada liang roma yang terluka sewaktu proses bercukur.

.

Dah B̶e̶r̶s̶y̶u̶k̶u̶r̶ bercukur ke tu?

.

Zaman sekarang, setelah wujud pencukur mata berlapis-lapis dan mesin pencukur yang sudah jarang sebabkan luka pada kulit sewaktu bercukur, maka cecair pewangi after shave ini juga sudah jarang digunakan oleh golongan lelaki kelas marhein dan dianggap bukan satu keperluan.

.

Pun begitu, ianya maseh popular digunakan oleh lelaki yang sangat menjaga penampilan wajah dan kebanyakan produk aftershave kini wujud dalam bentuk krim separa pepejal, walaupun maseh banyak wujud produk after shave dalam bentuk cecair di pasaran.

.

Seringkali cecair pewangi aftershave ini disalah anggap sebagai perfume pada peringkat Eau De Cologne kerana punyai kadar kepekatan kandungan bahan pewangi yang hampir sama, iaitu sekitar 1-5% dari jumlah keseluruhan cecair.

.

Sebaliknya, cecair pewangi aftershave selalunya dimasukkan bersama bahan pelembab kulit dan menthol, untuk memberikan sensasi kebas kepada kulit yang tercedera selepas proses bercukur.

.

Adakah anda pengguna aftershave?

.

Real human, use real aroma.

.

– Abang Black –