Perfume Anda Tidak Tahan Lama? Mahu Tahu Kenapa?


Setiap individu sudah tentu mahu tampil menarik. Perfume pasti sahaja menjadi pilihan sebagai pelengkap gaya anda. Boleh dikatakan semua orang ada perfume dan wangian sendiri. Bagi yang mempunyai koleksi beberapa jenis minyak wangi, pasti anda tahu ada perbezaan untuk setiap wangian yang dibeli. Beza dari segi kekuatan bau mahupun jangka masa wangian itu dapat bertahan.

Eh,kenapa boleh jadi macam tu ye?

Begini, setiap jenama atau jenis perfume yang anda miliki mempunyai kepekatan minyak pati yang berbeza. Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa kepekatan minyak wangi ini ada peringkat-peringkat tertentu. Tak kenal maka ta’aruflah.

Jadi, mari kita berkenalan dengan peringkat-peringkat perfume ini supaya bila dah kenal, mudahlah untuk anda memilih haruman kesukaan anda

PARFUM

Merupakan versi termahal dari semua jenis perfume yang ada.Mengandungi kepekatan pati yang sangat tinggi iaitu daripada keseluruhan bahan yang digunakan, 35%-60% merupakan pati asli. Perfume biasa digunakan terus pada kulit di atas titik nadi yang panas, seperti pergelangan tangan, belakang telinga, atau pada leher untuk hasilkan aroma terbaik.

Penggunaan pada kawasan tersebut akan menciptakan aroma halus yang memanjakan deria yang dimiliki manusia dan memikat mereka yang sedang berbincang langsung dengan anda. Aroma Parfum ini boleh bertahan sehingga 12 jam ke atas.

EAU DE PARFUM

Eau De Perfume adalah jenis wangian dengan kepekatan yang tinggi dengan kandungan 20%-35% pati asli. Ia juga dikenali dengan sebutan EDP. EDP ini memiliki ketahanan aroma yang kuat, bahkan baunya mampu bertahan seharian disebabkan base notes yang dimilikinya.EDP sangatlah sesuai jika disemburkan pada pakaian dan tubuh.

Walaupun memiliki kandungan pati yang kurang sedikit dibandingkan Parfum, jenis EDP ini lebih mudah dijumpai dan harganya pun lebih rendah. Aroma EDP ini dapat bertahan 8 hingga 12 jam sahaja.

EAU DE TOILETTE

Juga dikenali sebagai EDT dan memiliki kandungan pati sekitar 10%-20% dengan aroma top notes dominan, yang membuatkan si pemakai terasa begitu segar.

EDT sempurna jika digunakan ketika musim panas, serta boleh digunakan beberapa kali dalam sehari untuk mencipta sensasi kesegaran sepanjang hari. Haruman EDT ini boleh bertahan selama 6 hingga 10 jam.

EAU DE COLOGNE

EDC berada di tempat terendah jika ingin dibandingkan dengan Parfum, EDP dan EDT, tidak kira dari segi kepekatan mahupun harga. Dengan kandungan pati sekitar 7%, cologne merupakan pilihan yang tepat untuk hari panas dimana anda memerlukan kesegaran yang berterusan.

Kebiasaannya jenis EDC ini perlu digunakan dalam kadar yang banyak kerana sebahagian besar kandungannya adalah air. Wangian ini hanya mampu bertahan kurang dari 6 jam.