Perfume Designer : Perjuangan Seni Dalam Aroma


CW0515_Competition_Perfume_630mAda orang, mahir main gitar. Ada orang pula, mahir main piano dan pelbagai lagi kemahiran bermain alat muzik. Akan tetapi, muzik bukan berkenaan satu bunyi sahaja. Tapi, gabungan bunyi dari pelbagai jenis alat muzik. Tak ramai orang yang pandai main alatan muzik, mampu menyusun muzik supaya sedap didengari. Untuk menyusun muzik dan menggubahnya menjadi sebuah lagu, kita perlukan komposer. Tugas komposer adalah menyusun bunyi dari alatan muzik, dan menggabungkannya menjadi sebuah irama, lantas wujudlah sebuah lagu.

Begitulah juga perfume. Ramai orang mampu dan boleh untuk menghasilkan extract essensial oil. Terutama sekali, mereka yang mahir dalam bidang kimia, terutamanya, chemist atau ahli kimia. Tapi, tak ramai orang mampu menggabungkan essensial oil, untuk dijadikan sebuah perfume. Disinilah kemahiran orang seni dalam menggabungkan aroma dari essensial oil, lalu membentuk sebuah karya dalam haruman. Orang yang mahir dalam menggabungkan aroma ini, bukan sahaja seorang ahli kimia, tetapi dia juga dipanggil dan lebih dikenali sebagai perfumer atau perfume designer.

Dalam dunia kita hari ini, tak ramai perfume designer. Justeru itu, kebanyak perfume yang ada di pasaran kebanyakannya adalah inspired by atau di inspirasikan daripada perfume yang sudah sedia ada didalam pasaran. Kekurangan perfume designer ini, justeru menyebabkan perfume jenama baru, sangat langka dalam pasaran kita.

Seorang perfume designer, tidak saja mahir menggabungkan essensial oil. Seorang perfume designer, harus mahir dalam mengenalpasti sifat kimia satu-satu bahan yang dicampurkan, justeru mampu menghasilkan sesuatu yang unik dan tidak ada pada perfume lain. Contohnya, sifat perfume setakat yang kita tahu, cumalah bertindak sebagai agen pewangi. Hakikatnya, jika seorang perfume designer mempunyai kreativiti, perfume yang dihasilkannya mampu menjadi nilai tambah kepada kesihatan. Misalnya, menjadi agen pelembab kulit, anti aging, melembutkan kulit dan sebagainya.

Seorang perfume designer, harus menjadi luar biasa, demi untuk menghasilkan sebuah karya dalam aroma. Tambah lagi, seorang perfume designer harus mahir untuk menghasilkan perfume yang sama secara konsisten, supaya bau satu-satu perfume itu tidak berobah atau berbeza dengan keluaran perfume yang pertama. Konsisten ini satu perkara yang harus dilatih setiap hari dan setiap masa. Apatah lagi, dalam penghasilan sebuah perfume, persekitaran dan suhu harus dijaga dengan sangat rapi, supaya proses sintesis berlaku dengan sempurna dan proses fermentation tidak terencat. Ini belum lagi jika diambil kira sumber bahan yang mahal dan jarang ada dalam pasaran, lalu menjadi penyumbang kepada terhentinya proses penghasilan sesebuah perfume.

Disebabkan sebuah penghasilan parfum naturel, harus mengambil kira pelbagai aspek, justeru itu harganya sangat mahal dan seringkali, penghasilannya tidak banyak, sebagaimana perfume sintetik.