Perkongsian Ilmu Wangian di MHI TV3


PERKONGSIAN ILMU WANGIAN MHI 27 DECEMBER 2017

Perkongsian Ilmu Haruman di MHI

Alhamdulillah team Blackout & Justica telah menjadi jemputan khas ke Malaysia Hari Ini (MHI) bagi berkongsi tentang ilmu wangian.

Ilmu tentang wangian bukanlah satu perkara yang baru, tetapi di Malaysia, ilmu ini sangat jarang diterokai oleh pengguna walaupun hampir separuh rakyat Malaysia adalah pengguna wangian setiap hari.

Hal ini berlaku kerana falsafah wangian atau tujuan penggunaan wangian ini telah berubah semenjak Tahun 1800 selepas Revolusi Industri yang membawa kepada kemunculan wangian sintetik.

Jika sebelum ini wangian sangat berkait rapat dengan kesan kepada tubuh badan, selepas kemunculan wangian sintetik ini tujuannya berubah hanya kepada gaya dan untuk menutup bau badan sahaja.

Turut dikongsikan kepada semua pada sesi Ilmu wangian semalam ialah tentang sejarah wangian yang mana telah wujud lebih dari 2500 tahun sebelum masihi. Wangian ini bermula apabila Abu Jaafar Alkindi telah berjaya mencipta satu alat penyulingan bahan semulajadi bagi tujuan perubatan. Penyulingan bahan-bahan seperti Lavendar digunakan oleh Ibnu Sina sebagai ubat penenang kepada pesakit yang ingin dibedah.

Selepas ilmu ini tersebar ke Eropah pada zaman Pencerahan (Reinassance), penyulingan minyak pati ini dicampurkan mengikut seni dan kepakaran seorang Perfume Designer bagi menghasilkan Aroma. Aroma inilah yang kita sebut sebagai wangian.

Team kami juga sempat berkongsi tentang fungsi wangian pada tubuh.
Dengan pemilihan wangian yang tepat, kita dapat menonjolkan karakter diri yang sebenar serta mengawal dan mengekalkan paras emosi dan minda kita .

Contohnya, apabila pulang dari kerja dalam keadaan penat, kita boleh sembur wangian yang ada kandungan lavendar dan nilam bagi meredakan ketegangan dalam kepala.

Diakhirnya, sebagai pengguna, jangan kita hadkan pemilihan wangian hanya kepada jenama semata-mata atau melihat kepada model wangian itu. Kita perlu tahu, tanya dan dapatkan kepastian daripada jurujual atau perunding wangian yang memberi penjelasan kepada kita sebelum membeli.
Semoga perkongsian di MHI dan penulisan ini dapat berikan anda manfaat dalam memilih wangian yang sebenar dan baik untuk diri kita.
Share jika bermanfaat.

Baca di Facebook