Perusahaan Haruman, Jenderam Hilir, Sungai Langat, Laluan Penarikan, Silk Route, OBOR, ECRL dan Kasturi Emas.


.

Menurut Abu Talib Ahmad yang memetik naskah kajian Leong Sau Heng – Pelabuhan di Semenanjung Tanah Melayu semenjak 1000 tahun sebelum masihi, sehingga 1400 tahun selepas masehi – Jenderam Hilir merupakan salah satu Labuhan Dagang terpenting sebagai pusat sehenti produksi import eksport aromatic herbs untuk Industri Wangian Dunia.

.

Bila sebut tentang Jenderam Hilir, kita tak boleh terlepas pandang kepada Sungai Langat yang merupakan salah satu Lebuhraya Purba, yang digunakan untuk menghubungkan pelabuhan besar di tepi laut, dengan Labuhan Dagang di kawasan pedalaman, termasuk Labuhan Dagang di Rekoh (Jalan Reko hari ini).

.

Sungai menjadi penghubung penting, untuk menggerakkan barangan dari satu kawasan, ke satu kawasan lain, termasuk juga melalui ‘Laluan Penarikan’, yang memerlukan kapal diheret naik ke darat, dan dibawa ke sungai lain.

.

.

Dipercayai, terdapat sungai dan Laluan Penarikan, yang menghubungkan antara Jenderam Hilir, dengan Kelantan, sehingga Kelantan dikenali sebagai pengeluar kayu cendana terbaik dunia semenjak Abad ke 12.

.

Semenanjung Tanah Melayu merupakan pengeksport utama kayu cendana (sandalwood), kayu wangi (gaharu, damar, kulit kayu manis, bunga cengkih, kafur dll), tumbuhan-tumbuhan herba (Patchouli, Selasih, Pudina dll), untuk tujuan dibuat ubatan.

.

Keseluruhan perdagangan ini, adalah dalam Laluan Sutera, yang dibangunkan oleh China.

.

Pedagang dari China, menggunakan pengaruh pedagang dan pelayar melayu untuk membawa produk dari negara mereka jauh ke kawasan lebih barat, dengan menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai ‘store’penyimpanan, memandangkan kedudukan Semenanjung terletak di tengah-tengah kawasan perdagangan antara timur dan barat.

.

Selepas 1000 tahun sejarah perdagangan, kini China sekali lagi memperkenalkan OBOR (One Belt One Road) sebagai satu laluan perdagangan, mirip kepada Laluan Sutera pada zaman dahulu.

.

Bezanya, OBOR bakal menggantikan separuh perdagangan menggunakan lautan, iaitu melalui jalan kereta api yang dibina rentas Benua Asia sehingga ke Eropah.

.

Lebih menarik lagi, ECRL yang sedang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan China hari ini, sebagai gantian kepada ‘Jalan Penarikan’ – Bezanya, kapal tidak lagi perlu untuk di heret naik ke atas darat, sebaliknya barangan yang didagangkan, akan dibawa naik ke atas keretapi di Pelabuhan Kuantan, lalu dibawa naik ke Kelantan dan Thailand di Utara, dan terus ke Pelabuhan Klang di bahagian tengah.

.

Lalu membuatkan barangan yang dibawa tadi, akan menggunakan Semenanjung Malaysia sekali lagi menjadi ‘store’ simpanan kepada barangan yang didagangkan dengan harapan, Malaysia sekali lagi menjadi World Entreport.

.

.

Sebagai penutup, penting untuk kita bertanya, apakah kaitan Kasturi Emas didalam penulisan ini, selain Kasturi Emas kini menjadi penerus legasi industri haruman alam melayu?

.

Tidak lain adalah, lokasi letak duduknya Ibu Pejabat Kasturi Emas, di pinggir Sungai Langat yang bersambung dengan Labuhan Dagang di Rekoh dan Jenderam Hilir.

.

Rekod sejarah ribuan tahun Jenderam Hilir dan Sungai Langat sebagai medium pengangkutan perdagangan ‘rempah beraroma’, kini diteruskan Kasturi Emas Sdn Bhd.