Parfum Naturel


Natural Fragrances

 

Kesatuan Wangian Antarabangsa (IFRA) telah menetapkan bahawa perfume yang diletakkan label natural, mestilah mengandungi bahan-bahan yang telah ditetapkan Jabatan Standard Dunia (ISO), melalui penetapan ISO 9235 : 1997 (Aromatic Natural Raw Material Vocubulary) atau bahan-bahan yang dihasilkan daripada bahan semulajadi.

Secara umum, ISO 9235 mendifinisikan, bahan penghasil aroma, didapatkan daripada tumbuhan atau haiwan, secara fizikal, samada melalui proses Distillasi, expressi, extraksi, sintesis arau proses penulinan.

Sebarang bahan sintetik atau bahan yang diolah supaya menyamai bentuk minyak essence, misalnya minyak essence terhasil daripada chemical acetylation tidak boleh dijenamakan sebagai perfume naturel atau perfume asli.

Kemudiannya, Kesatuan Wangian Antarabangsa telah melangkah setapak lagi lebih jauh, dengan membuat perincian bahawa, sebarang wangian yang diletakkan label naturel, tidak boleh menggunakan sebarang bahan petrokimia sebagai agen pelarut sewaktu proses ekstraksi. Justeru, proses ekstrak bahan wangian dengan menggunakan hexane adalah dilarang sama sekali.

Proses menghasilkan bahan wangian asli atau parfum naturel adalah sebuah proses yang rencam dan sukar, kerana menggabungkan proses seperti ekstraksi, penyulingan, penulinan dan lain-lain secara berulang kali. Malahan, penggabungan bahan-bahan asas dalam penghasilannya sangat kompleks dan ini membuatkan harganya mahal.

 

Material aroma sintetik, boleh dicipta samada dari sumber petroleum, atau sumber asli material tersebut, lalu struktur kimia nya diobah dan diolah semula. Bahan asas aroma sintetik ini terbahagi kepada 3 kumpulan atau kategori, iaitu kategori :

 

1. ‘Chemically Modified Natural Raw Material’
2. ‘Nature Identical Raw Material
3. Pure Chemical Aroma

 

Chemically Modified Natural Raw Materials : sumber natural yang telah mengalami proses modifikasi kepada struktur kimianya. Pada peringkat awal, bahan mentah (material) untuk mencipta perfume itu adalah dari sumber alam semulajadi. Akan tetapi, ada beberapa proses yang telah digunakan, untuk merobah struktur kimia material tersebut, menjadikan ianya bukan lagi natural.

 

Nature Identical Raw Materials : Inilah sumber sintetik. Dicipta dan diambil daripada hasil proses tindakan kimia (end product), yang menyerupai struktur kimia, seperti yang terdapat pada bahan yang diambil dari alam semulajadi. Akan tetapi, ianya bukanlah naturel atau sebatian yang diambil dari sumber botanical. Seringkali, sumbernya adalah dari petroleum. Contohnya, adalah Linalool Sintetik. Struktur kimianya, menyerupai seperti struktur kimia essensial oil lavender. Akan tetapi, ianya langsung tidak ada sumber daripada bunga lavender, dan hanya dicipta dari sumber petro kimia.

 

Pure Chemical Aroma : Aroma kimia yang langsung tidak pernah wujud sumbernya dari alam semulajadi. Secara umumnya, haruman ini adalah haruman yang dicipta, untuk memenuhi kehendak sesuatu sasaran. Contohnya adalah bauan kulit yang terdapat pada bag kulit.