Salinan Surat Dari Maharaja Melayu Kepada Khalifah Umar Abdul Aziz (682 – 720 Masehi)


Petikan buku ‘Miftahul Malayu’ karangan Ustaz Hasanuddin Yusof yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

.

Apakah makna ‘keturunan dari ribuan raja’?

.

Maknanya, kerajaan yang diperintah keturunan raja itu, sudah wujud semenjak ribuan tahun sebelumnya.

.

.

Apa makna ‘tanaman gaharu, rempah wangi, pokok pala, kapur barus, yang bau keharumannya semerbak sehingga 12 batu jauhnya’?

.

Maknanya, amalan penggunaan wangian berasaskan gaharu, rempah, kafur, dan seumpamanya, adalah amalan kebiasaan penduduk, sehingga aroma wangiannya terhidu sehingga 12 Li (kiraan lama).

.

Aroma rempah, gaharu, bungaan, adalah aroma asli kepulauan Nusantara, semenjak ribuan tahun dahulu.

.

Itu pun jangaaannn..

.

Kita perlukan ‘orang luar’ untuk ‘ajar’ kita ilmu wangian – apa yang patut kita pakai, apa yang tak patut kita guna – lalu berbondong-bondonglah kita pergi berebut beli wangian dengan harga diskaun sampai bergaduh bertumbuk, walaupun wangian gunakan campuran aroma kimia sintetik.

.

Hilang sudah jatidiri.

.

Kita bukan fake, untuk gunakan aroma fake.