Sejarah Haruman


picture-of-Chemistry-in-IslamJabbir Ibn Hayyan bertanggungjawab mencipta proses distillation, evaporation dan filtration dalam proses pembuatan perfume. Bahkan, Ibn Hayyan juga telah menciptakan alatan makmal untuk merealisasikan idea berkenaan proses-proses ini, yang teorinya dikeluarkan oleh Al Kindi. Kesemua proses tersebut adalah asas bagaimana sebuah essensial oil dikumpul yang bermula dengan wap air, sehingga minyak akhirnya pati minyak dari tumbuhan berjaya dikumpulkan.

Dalam bahasa latin zaman pertengahan, Paracelsus merujuk minyak yang terhasil dari tumbuhan herba yang boleh merawat tubuh, sebagai ‘quita essentia’ yang bermaksud ‘pati tumbuhan’. Maka, dari situlah nama essensial oil terhasil.

Essensial oil, tidak semestinya terhasil dari bunga saja. Boleh jadi, seperti halia diekstrak dari akar, patchouli dari daun, lavender, dari bunga dan sebagainya.

Essensial oil, telah dikaji semenjak ribuan tahun dulu, sebagai agen teraputik dan digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit, berdasarkan kepada jenis essensial oil.

Misalnya, Cananga Odorata atau lebih dikenali sebagai Pokok Kenanga (Indonesia, Malaysia), Sandat (Bali), Seulanga (Acheh) adalah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari Indonesia, Malaysia dan Filipina. Pokok ini adalah tumbuhan liar dan bunga dari pokok ini sangatlah mahal nilainya, terutamanya dalam industri pembuatan haruman. Bunga dari pokok kenanga ini dikenali sebagai Ylang-Ylang.

imagesExtract essensial oil dari bunga ylang ylang digunakan secara meluas dalam rawatan kesihatan mental, melalui kaedah aromaterapi. Dipercayai, extract minyak essensial dari bunga ylang ylang mampu merawat masalah tekanan darah tinggi, mengembalikan fungsi normal pengeluaran sebum untuk merawat masalah kulit dan ianya juga adalah agen aphrodisiac. Menurut kajian, essensial oil dari ylang ylang, mampu bertindak sebagai penghalau serangga. Menariknya, ada pendapat yang mengatakan ylang ylang mampu merawat masalah tertidur sewaktu memandu.

Menurut Magaret Mead, penggunaan minyak ylang ylang digunakan secara meluas oleh puak native di Pasifik Selatan, di kepulauan Samoan. Dan jika di Malaysia, bunga ylang ylang banyak ditanam di tepi-tepi jalan, atau lebuh raya. Bauannya yang dikeluarkan bunga ini, lebih jelas apabila waktu sejuk dan waktu malam.

Haruman dari bunga ylang ylang, sering dikaitkan dengan bauan oriental, bungaan dan selalunya, dalam industry pembuatan haruman, haruman ylang ylang digabungkan dengan bauan buah atau haruman yang diekstrak dari kayu, seperti sandalwood atau tonkabean.

Dikatakan, minyak yang terhasil dari bunga ylang ylang, adalah sangat pekat berbanding bunga lain. Bahkan, menurut beberapa pendapat, 1 titis minyak ylang ylang, bersamaan 37 titis minyak essensial yang bungaan lain.

Bauan dari bunga ylang ylang sangat kaya dan tajam dengan bauan seakan getah dan custard dan seakan-akan bauan jasmin dan neroli.